My Friends

Monday 19 September 2011

Aemosh Staff Yang Cute dan Rajin


Post ini dibuat atas permintaan...hehehe. Sesiapa yang selalu on9 Mygenkz.net pasti akan ternampak staff ini yang sangat rajin on9 menjaga wap dan rajin berforum...Aemosh atau nama sebenarnya...ermmm entahlah..hahaha.Seorang pelajar yg berdedikasi yang membahagikan masa sebagai staff dan juga pelajar. Jawatannya sebagai Mygenkz Senior Manager yang ber id 18..hehehe.

Aemosh ni seorang staff yang berbakat dan boleh diketengahkan bakatnya..haha.Berbakat dlm bab2 trick handphone, Modding, PC dan sebagainya...Aemosh ni seorang yang cool dan peramah (Ayat promot ni..)Sesiapa nak berkenalan silakan melawat FB dia...hahahhahahha.

Friday 9 September 2011

Jawapan PM: Kaji semula cukai perkhidmatan prabayar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas produk tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat. Najib berkata keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna.

Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu. Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat. "Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat. "Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di ibunegara ari ini.

Najib berkata kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri."Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya. Perdana Menteri, yang juga menteri kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi hari ini yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan. Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi. Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar. Menurutnya, dengan cukai perkhidmatan 6 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan. Sementara itu, Maybank melancarkan logo baru yang menampilkan ikon Harimau Malaya dengan lebih jelas selari dengan matlamat Maybank yang mahu berkembang sebagai syarikat perbankan bertaraf global.

Persoalan: Adakah mengenakan cukai hak syarikat telekomunikasi??.Bukankah cukai itu ditentukan oleh kerajaan??.kenapa syarikat telekomunikasi yang perlu mengkaji semula???....ini lakonan swasta atau cerekarama??...sama-sama kita fikirkan.

Berita Harian Online | Cukai talian prabayar 6 peratus


Berita Harian Online | Cukai talian prabayar 6 peratus

Ada cukai la pulak, tidak cukup dengan bebanan yang rakyat tanggung. sudahlah barang semua mahal. Duit Rm50 pun dah tidak ada harga sekarang. Pecah RM50 sekejap ja habis. Kalau duit seringgit jangan tanya la. Budak-budak pun dah tak mahu RM1 sekarang. Mahu topup pun payah inikan topup bercukai. Hello!!!...anybody can hear me!!!..anybody in government ..hello!! (Sambil melambai tangan kat Najib)...nampaknya suara rakyat tidak didengar buat kali ke 6347890 billionnya. Memanglah cukai ini dari syarikat telekomunikasi tetapi kerajaan boleh lakukan sesuatu. Kerajaan bertindak untuk rakyat, bukan untuk isu-isu yang menguntungkan kroni sahaja.

Sepertimana Youtube dibeli oleh Google dan secara paksa menyuruh pengguna youtube menerima google (ada kaitan ka, ini perumpamaan moden), tindakan syarikat telekomunikasi ini dilihat sebagai satu paksaan kepada rakyat. Mereka ingin mengurangkan cukai mereka dan bebanan kewangan mereka kerana pelan pascabayar tidak mendapat sambutan, dengan melempiaskan bebanan ini kepada rakyat. Tetapi tidak pula mereka melempiaskan sekali keuntungan yang mereka dapat???....


Kami sebagai rakyat ingin tahu untuk apa kami membayar cukai perkhidmatan ini??...tiada pula apa2 perkhidmatan khusus yang kami terima sepertimana pascabayar. Mungkin ini adalah perkara remeh kepada para pemimpin kita kerana mereka dan kroni-kroni tidak menggunakan kad prabayar sebab mereka guna kad xpayah bayar ja semua. Golongan bawahan seperti kami ini, pelajar, pekerja biasa, golongan remaja yang terbeban dengan masalah ini.

Pelaksanaan cukai ini membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak serius dalam mengurangkan bebanan rakyat dan ini jelas bertentangan dengan prinsip pentadbiran kerajaan yang kononnya “mendahulukan rakyat”. Kerajaan juga kini dilihat hanya bertindak “mendahulukan” syarikat-syarikat korporat dalam banyak hal dan ini terbukti menerusi pembiayaan subsidi dengan jumlah besar kepada syarikat-syarikat penjana kuasa bebas (IPP).

Kita tunggu apa jawapan Najib...

10 TAHUN SEBELUM MERDEKA-



(Tonton semua 7 episod video 10 TAHUN SEBELUM MERDEKA)

Melayu mudah lupa...kata-kata ini sangat berkesan kepada yang mempergunakan melayu, kerana melayu memang mudah melupakan apa yang pernah mereka lalui bila disogok dengan kemewahan hari ini. Mungkin British juga memegang kata-kata ini semasa era penjajahannya. sebab itu lah mereka tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat pada zaman itu, kerana mereka amat pasti tahun-tahun mendatang generasi baru Melayu pasti melupakannya dan mengagung-agungkan British.

Malah generasi kita disogok untuk mempercayai apa yang tertulis dalam buku-buku sejarah. Sejarah kini hanyalah satu matapelajaran di sekolah dan bahan pameran di muzium-muzium. Tidak hairanlah rakyat Malaysia langsung tidak berjiwa patriotik dan mengamalkan sikap 'tidak apa' pada setiap masalah negara yang berlaku. Selagi 'periuk nasi' mereka dijaga maka apa yang berlaku akan dilupakan.

Adakah Melayu amat mudah digula-gulakan?...atau sememangnya Melayu secara semulajadinya amat suka bertuankan orang lain dari menjadi tuan. Atau Melayu terlalu malas untuk berfikir janji perut mereka diisi. "Yang penting aku boleh makan, boleh p kerja, boleh tgok AF, boleh tgok Astro, boleh p tgok konsert, ada Jom Heboh cukuplah, yang lain xpenting".

Bila orang cakap Cina rajin kerja kita mahu marah??...ada satu kejadian di mana masa saya pulang ke kampung berhari raya. Saya ingin menaiki teksi dari Puduraya ke KL Sentral yang jaraknya hanya beberapa km. Ada dua teksi pada masa itu, seorang Melayu dan seorang India. Dengan niat ingin meng'kaya'kan Melayu saya pun pergi kepada teksi Melayu dan bertanya "berapa ya tambang p KL sentral". Lelaki Melayu itu menjawab "tambang RM30". Saya terus ketawa besar (agak kurang sopan tapi terjadi dengan automatik). Dia ingat saya tidak pernah pijak KL ka. Naik bas pn RM1 saja. Bila dia tgok saya ketawa terus dia tanya. "kenapa?, RM25 boleh". Saya senyum dan berkata "tidak apa lah pakcik, saya cuba amik teksi lain yang lebih murah". Saya pergi kepada teksi India tadi dan bertanya "Encik berapa ya dari sini p KL Sentral".Pemandu India menjawab "Kami pakai meter, tapi selalunya RM8 sahaja". Jauhnya perbezaan RM30 dan RM8...saya hanya geleng kepala.

Dari situ kita dapat lihat, Melayu hanya ingin cepat kaya, cepat senang, tanpa mahu berusaha lebih. Tidak hairanlah Skim2 cepat kaya rata2nya daripada syarikat cap ayam Melayu untuk menipu orang Melayu sendiri. Generasi muda pula digula-gulakan dengan hiburan supaya otak mereka tidak sempat berfikir tentang negara. Mereka hanya sibuk berfikir tentang artis, pelakon, lagu, fesyen, Fb...kalau buat blog pun merepek-repek. Bila subjek sejarah kebanyakan gagal.Kononya banyak yang perlu di baca. SEJARAH BUKAN HANYA UNTUK DIBACA!!!!....atau sememangnya sejarah sekarang hanya satu bahan bacaan....bilalah generasi kita akan sedar.

Thursday 8 September 2011

Review Buku: Misteri Firaun - Musuh Para Nabi


Satu lagi buku yang sempat saya beli. Belum lagi sempat abis baca. Saya tertarik untuk mengetahui tentang misteri Firaun, kerana terdapat sumber yang pelbagai versi dan ada yang disembunyikan dari orang ramai. Jadi saya cuba untuk mengetahui tentang Firaun.

Buku ini sangat cantik, berkulit keras (Hard cover) dan setiap helaian adalah berwarna dan kertasnya keras!!!...sangat cantik. Ditambah pula dngan gambar2 yang menarik. Sesuai dengan harganya RM60. Buku ini hasil karya Dr. Afareez Abd Razak Al-Hafiz penulis buku bestseller Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain. Buku ini mempunyai cop SIRIM dan ditandatangani oleh Rektor International Islamic University Malaysia (UIA) iaitu Prof Dato' Sri Dr. Syed Arabi Idid. Ia juga ditandatangani oleh Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO iaitu Datuk Kenneth J.Luis.

Buku ini mengandungi 3 Bahagian;

Bahagian 1 :
Bab 1 - Penyatuan Mesir
Bab 2 - Zaman Pembinaan Piramid
Bab 3 - Kebangkitan Kerajaan Baru
Bab 4 - Raja Hatshepsut
Bab 5 - Firaun Akhenaten

Bahagian 2:
Bab 6 - Firaun Tutankhamun
Bab 7 - Makam Firaun Tutankhamun
Bab 8 - Firaun Ramesse II (Ramesse Agung)
Bab 9 - Pemerintah Nubia
Bab 10 - Kemasukan Yunani (Greek)
Bab 11 - Dinasti Ptolemaic
Bab 12 - Firaun Cleopatra

Bahagian 3:
Bab 13 - Nabi Yusuf Memasuki Mesir
Bab 14 - Kelahiran Nabi Musa
Bab 15 - Nabi Musa diancam bunuh dan Melarikan Diri
Bab 16 - Nabi Musa berhadapan Firaun
Bab 17 - Firaun Mengejar Nabi Musa
Bab 18 - Di mana Berlakunya Lintasan Laut Terbelah
Bab 19 - Penutup

Buku ini di tulis berdasarkan kajian yang telah dibuat dan setiap apa yang dinyatakan dalam buku ini dilampirkan dengan bukti yang sahih. setiap bab di lampirkan Nota Hujung yang terdapat bukti serta tarikh kajian dilakukan.




Review Buku: Agenda Yahudi Menakluk Dunia



Dalam kesibukan berhari raya sempat lagi saya beli buku. Buku ini saya beli dengan tujuan untuk baca atas flight semasa pulang. Apabila melihat buku ini saya tertarik untuk mengetahui apa isi kandungannya. Selain itu cover buku ini sangat cantik!!!...saya suka design dan warnanya. :)

Berbalik kepada buku ini. Buku ini ditulis oleh Sabaruddin Hussein. Beliau pernah mendapat Anugerah Penterjemah Bahasa Melayu DBP. Buku ini hasil terbitan PTS ISLAMIKA Sdn. Bhd.
Buku ini mengandungi 6 bab iaitu:

Bab 1: Sejarah Ringkas Bangsa Yahudi
Bab 2: Amerika Syarikat: Satu Lembaran Baru
Bab 3: Pengaruh Yahudi di Amerika Syarikat
Bab 4: Ke arah Matlamat Akhir
Bab 5: Realiti Masa Kini
Bab 6: Protokol Yahudi

" Mengupas tentang perancangan sulit bangsa Yahudi dalam merealisasikan agenda menakluk dunia. Mereka bercita-cita menubuhkan kerajaan Yahudi yang memerintah seluruh pelusuk dunia. Keterlibatan bangsa Yahudi turut dilihat dalam beberapa siri peristiwa besar yang terjadi pada hari ini."

"Pasti kamu akan dapati, orang yang paling kuat penentangannya terhadap orang beriman adalah orang Yahudi dan orang yang menyekutukan Allah.." - Surah al-Maidah, ayat 82-

My New Hobby!!!!..... (^__^)

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua. Walaupun cuti berhari raya hanyalah seminggu tapi ianya tidak menghalang untuk saya menikmati kemeriahannya. Antara yang paling best bila boleh buat kuih raya bersama adik2.. hehehe. Walaupun masih baru tapi Insyaallah akan cuba diperbaiki skillnya..hehe. Alhamdulillah tahun ni xbanyak duit habis buat beli kuih...hanya praktikkan hobi baru saya...bakinggg..

Walaupun xsebagus mana, tapi ok lah setakat mo makan. kenyang juga lau masuk di perut...hehehe. Tahun lepas pn ada buat kuih tp sikit saja...Insyaallah tahun depan kena belajar banyak lagi skill baru..mujur tahun ni Almond London menjadi dari tahun lepas...hehe

Moist Choc Cake

Tat Nenas belum bakar

da siap...

simpan tuk raya

Suci dalam debu

Chocolate chip..hehehe

semperit

Biskut Marble..reka sendiri sbb tu buruk hahaha

Almond London