My Friends

Wednesday 14 December 2011

US, Jepun, Australia?Prob Marikh akan Terhempas ke Bumi Januari ini.


Phobos-Grunt in orbit (Photo from ralfvandebergh.startje.be)

Phobos-Grunt prob angkasa yang dilancarkan ke Marikh telah tersekat di orbit selepas pelancarannya gagal dan dijangka terhempas ke Bumi pada 11 Januari ini. Ini mungkin akan menjejaskan empat benua di bumi, menurut US Strategic Command.

Kedudukan semasa orbit berkenaan menunjukkan ia akan bertembung dengan sebahagian besar permukaan Bumi  dari 51,4 ​​latitud ° N kepada 51.4 latitud ° S. Mana-mana sahaja di Afrika, Australia, Jepun, Amerika Utara atau sebahagian selatan Eropah Barat, tetapi pasti tidak pada bahagian besar wilayah Rusia.

Lokasi pertembungan hanya dapat dipastikan dengan tepat beberapa jam sebelum prob ini terhempas. Sebelum ini ia diramal akan terhempas pada 9 January. 

Pada Isnin yang lalu (12 Dis 2011),  Viktor Khartov iaitu Ketua Biro Lavochkin yang juga pereka prob ini mengumumkan bahawa prob Phobos-Grunt yang bernilai $161 juta ini tidak sampai ke Marikh dan dianggap telah hilang.

Kapal angkasa ini direka bagi memecah kemarau 20 tahun Rusia tanpa penerokaan angkasa telah dilancarkan pada 9 November 2011. Ia dilancarkan untuk meneroka Marikh dan seterusnya mendarat di bulan planet tersebut dan pulang ke bumi.

Sistem roketnya berfungsi dengan baik tetapi enjinnya tidak dapat dihidupkan menyebabkan ia tersekat pada orbit yang tidak tepat. Selama dua minggu para saintis tidak dapat menghubungi prob tersebut. Selepas ianya dapat dihubungi, saintis berusaha untuk membawanya pulang tetapi segala usaha adalah sia-sia dan saintis terus terputus hubungan dengan kapal angkasa tersebut.

Laporan menyatakan terdapat dua objek kecil yang telah terpisah daripada kapal angkasa tersebut, tetapi apa sebenarnya yang berlaku masih belum diketahui.

Click to enlarge
Kapal Angkasa ini membawa 7 tan bahan bakar bertoksik dan dikatakan
sebagai kapal angkasa paling bertoksik. Ia dijangka akan terhempas di kawasan
berpenduduk dan usaha menangani sedang giat dijalankan.



Monday 12 December 2011

Betulkah Orang Purba Guna Alatan Batu?



Kita sering di ajar di sekolah ataupun di dalam buku-buku sejarah bahawa Orang Purba atau orang zaman dahulu menggunakan batu sebagai peralatan harian mereka. Para saintis juga tampil memberi penjelasan serta bukti arkeologi dengan yakinnya menyatakan bahawa manusia zaman dahulu menggunakan peralatan yang diperbuat daripada batu seperti pisau, mangkuk, senjata dan sebagainya.

Ini adalah tafsiran Zaman Batu yang dipetik daripada Wikipedia:

" Zaman Batu ialah satu tempoh prasejarah yang luas semasa manusia menggunakan batu untuk membuat alat-alat. Alat-alat batu diperbuat daripada berbagai-bagai jenis batu. Umpamanya, flin dan rijang dibentuk (atau diserpihkan) untuk digunakan sebagai perkakas pemotongan dan senjata, manakala basalt dan batu pasir digunakan untuk alat-alat batu berasah, seperti batu kisarKayutulangcangkerangtanduk rusa dan bahan-bahan lain juga digunakan secara meluas pada zaman ini. Pada akhir zaman ini, endapan (seperti tanah liat) telah digunakan untuk membuat tembikar. Satu rentetan inovasi teknologi logam mencirikan Zaman TembagaZaman Gangsa dan Zaman Besi yang kemudian."

Namun begitu terdapat banyak kekeliruan dalam kepercayaan yang terpahat sekian lama ini.

Seorang ahli arkeologi, Paul Bahn dalam bukunya yang bertajuk Archaeology: A Very Short Introduction menjelaskan bahawa evolusi manusia adalah cerita dongeng semata-mata, dan menambah bahawa banyak sains yang berdasarkan cerita dongeng seumpamanya. Beliau kemudian mengajak pembacanya untuk memikirkan tentang ciri-ciri tradisional evolusi manusia: memasak dan unggun api, gua yang gelap, upacara, pembuatan alatan, penuaan, perjuangan dan kematian. Beliau ternyata merasa ragu, berapa banyak daripada andaian ini yang berdasarkan kepada telulang dan tinggalan sebenar, dan berapa banyak yang berlandaskan kriteria sastera?

Namun begitu, membentuk dan mengukir batuan bukanlah satu tugas yang mudah. Adalah mustahil untuk membuat peralatan batu yang tajam dan sempurna, seperti yang terdapat di zaman sekarang, dengan menggeserkan batu dengan batu. Membentuk batu kasar seperti granit, basalt dan dolerit tanpa memecahkannya hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kikir besi, mesin pelarik dan ketam. Begitu juga dengan gelang, anting-anting dan rantai leher yang berusia puluhan ribu tahun yang tidak mungkin dapat dihasilkan dengan perkakas batuan. Lubang-lubang halus pada objek berkenaan tidak dapat dibuat dengan menggunakan batu. Hiasan juga tidak dapat dibentuk dengan mengorek atau mengikisnya dengan batu. Kesempurnaan pada objek-objek yang dipersoalkan menunjukkan bahawa logam pejal pasti telah digunakan.

Ramai ahli arkeologi dan saintis telah membuat ujikaji untuk melihatkan sama ada artifak purba boleh dihasilkan seperti yang dibayangkan oleh evolusionis. Profesor Klaus Schmidt, contohnya, telah melakukan eksperimen terhadap ukiran pada blok batuan di Göbekli Tepe, Turki, yang dianggarkan berusia 11,000 tahun. Beliau memberi perkakas batu kepada beberapa pekerja, jenis sama yang telah digunakan pada waktu dulu berdasarkan dakwaan evolusionis, dan menyuruh mereka membuat ukiran sama pada jenis batuan  yang sama. Selepas berusaha dua jam tanpa henti, apa yang mereka dapati hanyalah kebuntuan.


 Mari kita bergerak lebih jauh; dapatkan sepotong granit berukuran satu meter persegi, kemudian cuba ukirkan gambar seekor haiwan untuk menunjukkan kedalaman ukiran pada permukaan granit. Bagaimanakah  keputusan yang mungkin anda akan perolehi dengan mengasah batu pada sepotong batu pejal? Jelas bahawa tanpa adanya perkakas besi dan keluli, anda tidak akan mampu membuat walaupun sebentuk lembing, apatah lagi ukiran batu yang menarik.

Pemotongan dan pengukiran batuan adalah bidang yang memerlukan kemahiran tersendiri. Teknologi yang diperlukan adalah penting untuk membuat kikir besi, mesin pelarik dan perkakas lain. Ini menunjukkan bahawa alatan berkenaan memang telah digunakan pada masa tersebut dan teknologi 'primitif' juga berkembang maju. Dengan erti kata lain, dakwaan evolusionis bahawa cuma peralatan batu yang diketahui dan ketiadaan teknologi hanyalah sekadar mitos. 

Namun, adalah munasabah bahawa peralatan keluli dan besi yang digunakan untuk memotong dan membentuk batuan tidak kekal sehingga ke hari ini. Dalam persekitaran yang secara semulajadi lembap dan berasid, semua alatan logam akan melalui pengoksidaan dan akhirnya lesap. Apa yang tinggal hanyalah pecahan dan serpihan batuan hasil kerja mereka yang mengambil masa lebih lama untuk lenyap. Tetapi untuk mengkaji serpihan berkenaan dan mengatakan bahawa masyarakat dahulu kala cuma menggunakan batu bukanlah rumusan saintifik.

YOU CAN''T CARVE STONE WITH STONE

1 Stone inlays dating back to around 10,000 BCE
2 Pestles dating back to 11,000 BCE
3 An obsidian tool dating back to 10,000 BCE
4 Stone objects dating back to 11,000 BCE
5 Stonework dating back to between 9,000 and 10,000 BCE, with traces of malachite inlay
6 A socketed stone inlay resembling a nail, dating back to around 10,000 BCE
7 A hammer dating back to 10,000 BCE














Sejarah Palestin & Israel

Gambar Satelit

Posting ini adalah bertujuan menyebarkan maklumat asas mengenai sejarah konflik Palestin-Israel yang telah wujud sejak ribuan tahun yang lalu, sekaligus berlaku terus-terusan sehingga ke sekarang malah disusuli pula dengan keganasan dan kekejaman. Posting ini adalah ditulis berdasarkan kefahaman saya, sebarang kesilapan terutamanya dari segi fakta, mohon diperbetulkan.

Posting dipetik dari Leokid.com

Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).

Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka.  Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin). Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.


Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur  diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan – “hari ini, perang salib sudah berakhir”.

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,

“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”

“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”

“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.

Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan  Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah.

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti – sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu – “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”

Lord Curzon menjawab – “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya – Khalifah dan Islam.

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.

3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama – Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang

Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 – sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.

Di mana kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.

Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.

Fikir-fikirkan.

Saturday 10 December 2011

NASA: Amaran Perubahan Iklim Drastik seperti Zaman Prasejarah.


Melting ice at lower Baffin Island, an area around Hudson Strait and the Labrador Sea (file photo).


Kajian oleh Agensi Ruang U.S memberi amaran kepada manusia abad ini kerana kita berkemungkinan dapat melihat perubahan iklim yang drastik dan bencana jika pemanasan global yang disebabkan oleh manusia meningkat melebihi 'tahap selamat' antarabangsa yang mana jika berlaku peningkatan hanya 2 Celcius lagi suhu bumi.

Penyelidik NASA meneliti keadaan iklim prasejarah semasa tempoh interglacial lalu - masa di antara zaman ais - dan bandingkan dengan tempoh interglacial Bumi yang  kini sedang dialami. Tempoh interglacial yang terakhir berakhir pada sekitar 115,000 tahun yang lalu apabila suhu kurang daripada 1 darjah Celsius lebih panas daripada hari ini, dan paras laut 6 meter lebih tinggi.

Saintis berkata, melihat bagaimana iklim prasejarah bertindak balas kepada perubahan alam memberikan mereka pemahaman yang lebih mendalam bagi menentukan tahap berbahaya pemanasan global dunia hari ini.

Kajian NASA yang diketuai oleh James Hansen berkata "penemuan menunjukkan bahawa iklim Bumi adalah lebih peka daripada yang dijangka. Beliau menyifatkan tanggapan mengehadkan  pemanasan global buatan manusia kepada peningkatan 2 darjah Celsius sebagai "preskripsi untuk bencana."

Kajian baru-baru ini, termasuk oleh NASA, menunjukkan suhu permukaan purata global sejak 1880 telah naik 0,8 darjah Celsius dan akan terus meningkat sebanyak 0.1 darjah setiap dekad.
Ramai saintis kini ingin suhu ditetapkan kepada peningkatan 1 darjah atau kurang sebagai berbahaya. Jika kita menunggu sehingga peningkatan 2 darjah lebih banyak perlu dilakukan untuk mengurangkan pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil.



Planet seperti Bumi Dijumpai



Planet baru seperti bumi telah dijumpai yang mungkin mengandungi ciri-ciri benua. Di planet tersebut mungkin wujud hidupan seperti manusia. Atau ia mungkin juga dunia air dengan lautan yang dipenuhi hidupan laut seperti ikan dolphin.

Itu menurut Dr Alan Boss, Institusi Carnegie untuk Sains, salah satu daripada penyelidik yang terlibat dalam penemuan planet baru. Pada hari Isnin yang lepas (5 Dis 2012), NASA mengumumkan bahawa  teleskop ruang angkasa Kepler telah mengesahkan planet pertama yang dijumpai mengorbit bintang dalam 'zon selamat dihuni' yang mana air dan  cecair boleh wujud di permukaannya.


Saintis menyatakan planet ini dikenali sebagai Kepler 22B yang sama seperti bumi dan mempunyai bintang sama seperti matahari kita.


Planet ini terletak sejauh 600 tahun cahaya dan 2.4 kali lebih besar radiusnya berbanding bumi. Saintis belum lagi mengetahui komposisi planet ini. Penemuan ini amat menggembirakan para saintis kerana ini menunjukkan kita melangkah setapak lagi dalam pencarian planet seperti bumi.


This diagram compares our own solar system to Kepler-22, a star system containing the first "habitable zone" planet discovered by NASA's Kepler mission. (Image: NASA/Ames/JPL-Caltech)




Kepler 22B lebih besar daripada bumi dan mengambil masa 290 hari untuk mengorbit mataharinya yang menyerupai matahari bumi (ia memiliki mataharinya sendiri). Mataharinya sama seperti matahari bumi yang terdiri daripada bintang G-type tetapi mataharinya lebih kecil dan sejuk daripada matahari bumi.


Oleh kerana mataharinya lebih sejuk maka Kepler 22B perlu lebih dekat dengan mataharinya untuk didiami oleh hidupan. Dr.Boss berkata dengan atmosfera yang sama dengan bumi, permukaannya bersuhu 72F keadaannya seperti hari yang redup di bumi.


Dr.Boss berkata NASA giat mencari planet-planet yang mengorbit bintang lain di angkasa. Jika bintang dilihat berkelip, ini menunjukkan bahawa bintang tersebut diorbit oleh planet lain. Setakat ini Pasukan Kepler telah menjumpai 48 planet yang mengorbit bintang-bintang lain.







Video tentang pengumuman Kepler 22B

Sumber

Friday 9 December 2011

Penemuan Partikel yang Lebih Laju daripada Cahaya??

Albert Einstein

Pada tahun ini iaitu 2011, ahli fizik dikejutkan dengan hasil eksperimen yang dikatakan bakal merubah Teori Einstein tentang relativiti.

Hal ini berlaku pada September 2011 apabila sekumpulan saintis Eropah mengumumkan partikel sub-atomik yang dipanggil Neutrinos telah dijumpai boleh bergerak 6km per saat lebih laju daripada kelajuan cahaya.

Neutrinos telah dibina di makmal European Centre untuk Nuclear Research (CERN) di Geneva. Partikel ini telah dikaji dengan menyukat masa ia berlepas dan melakukan perjalanan sejauh 732km melalui kerak bumi. Masa partikel ini tiba di Gran Sasso Laboratory di Italy juga disukat.

Untuk melakukan perjalanan ini Neutrinos dijangka akan mengambil masa 0.0024 saat. Tetapi ia tiba lebih awal daripada jangkaan iaitu pada 0.00000006 saat.
"If the effect were confirmed, it would show some particles can travel faster than the speed of light," Professor David Wark, director of the Particle Physics Department at Britain's Science and Technology Facilities Council, told AFP.
"Ini akan menjadi satu revolusi yang besar dalam bidang fizik, mungkin satu yang paling ketara berlaku dalam 100 tahun ."
Tetapi apakah yang akan berlaku jika eksperimen ini benar-benar sahih?
Teori kelajuan cahaya Einstein akan berubah!
Atau: Ia akan membuktikan bahawa zarah boleh bergerak dalam dimensi yang lebih banyak atau sedikit berbanding 4 dimensi yang kita tahu. Dengan menyeberangi ke dimensi yang berlainan menunjukkan zarah boleh mengambil jalan pintas untuk sampai ke destinasi.
Ini menunjukkan teori Einstein tidak salah sepenuhnya tetapi mungkin juga teori ini luas dan berkaitan dengan teori Einstein.
Bagi mengelakkan banyak bantahan OPERA akan mengambil masa selama 6 bulan lagi untuk mengkaji partikel ini dan akan meminta beberapa saksi untuk melihat sendiri hasil dapatan mereka.
"Jika ini keputusan di CERN dibuktikan sebagai jalan yang betul, dan zarah didapati melakukan perjalanan lebih cepat daripada kelajuan cahaya, maka saya bersedia untuk makan boxer saya, secara langsung di TV," mengisytiharkan Jim Al-Khalili, seorang profesor fizik teori di Britain University of Surrey.
2012 mungkin akan menjadi tahun yang diingati bukan sahaja didalam makmal.

NASA Menjumpai Bukti Kewujudan Air di Marikh


Kapal angkasa NASA dalam misinya mencari kesan kewujudan air di planet Marikh akhirnya telah berjaya menemui aliran mineral yang dimendapkan oleh air.

Kapal angkasa bernama Opportunity dan kembarnya Spirit tiba di Marikh sejak Januari 2004. Setelah beberapa tahun kapal angkasa ini mengorbit Marikh dibantu oleh beberapa kapal angkasa telah membuktikan bahawa Marikh tidak selalunya sejuk dan kering seperti hari ini.

Bukti kukuh ini telah didedahkan minggu ini di Persidangan American Geophysical Union di San Francisco
Aliran gipsum ini menjulur keluar daripada batu purba selebar 154km daripada kawah Endeavour.
Gipsum dikenali sebagai plaster Paris yang terbentuk daripada aliran air yang melalui batu.

"This is the single most bullet-proof observation that I can think of that we've made this entire mission," Cornell University planetary scientist Steve Squyres, lead researcher for Nasa's Spirit and Opportunity Mars rovers, told Reuters.

Spirit tidak lagi beroperasi, dan Opportunity juga pernah menjumpai mineral mendapan air yang lain yang mana menimbulkan banyak lagi persoalan yang perlu dijawab.