My Friends

Wednesday 24 August 2011

Apakah Itu Jin???



Saya tergerak untuk menulis entri ini selepas berdialog atau berchatting dengan seorang atheis (tiada agama) selama lebih 2 jam. Alhamdulillah perbincangan itu berlaku dengan tenang. Mereka ini sebenarnya masih tercari2 akan hala tuju hidup mereka. Dan mereka ini ingin tahu kebenaran bagi banyak benda. Walaupun kurang ilmu didada berilah sebanyak yang mampu. Dalam dialog itu saya cuba menjawab sebaik yang mampu... dialog ini menyedarkan saya kita perlu melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan...Dia juga seorang yg bijak dan tersusun dalam berkata2, saya suka akan caranya yang tenang.

Dia banyak bertanya tentang kewujudan Jin. Saya pernah membaca dua buah buku tentang Jin. Buku-buku ini saya baca semasa saya Darjah 6 atau pun Ting 1 atau 2. Sudah lama tapi saya masih ingat sedikit kandungannya. Buku ini tiada lagi dalam simpanan saya. Ayah saya amat meminati buku2 ini.



Namun begitu dalam mencari ilmu pengetahuan perlulah dari sumber yang pelbagai..

Jin (bahasa arab : جن ) secara harfiah berarti sesuatu yang berkonotasi "tersembunyi" atau "tidak terlihat". Dalam Islam dan mitologi Arab pra-Islam, jin adalah salah satu ras mahluk yang tidak terlihat dan diciptakan dari api.(Wikipedia).

"Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas." (QS Al-Hijr 15:27).

Dinamakan jin, karena ia tersembunyi wujudnya dari pandangan mata manusia. Itulah sebabnya jin dalam wujud aslinya tidak dapat dilihat mata manusia. Kalau ada manusia yang dapat melihat jin, maka jin yang dilihatnya itu adalah jin yang sedang menjelma dalam wujud makhluk yang dapat dilihat mata manusia biasa.

"Sesungguhnya ia (jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kalian (hai manusia) dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka." (QS Al-A'raf 7:27).

Setiap makhluk diberi Allah kekhususan atau keistimewaan tersendiri, di mana salah satu kekhususan jin ialah dapat mengubah bentuk. Misalnya jin kafir (syetan) pernah menampakkan diri dalam wujud orang tua kepada kaum Quraisy sebanyak dua kali. Pertama, ketika suku Quraisy berkonspirasi untuk membunuh Nabi Muhammad SAW di Makkah. Kedua, dalam perang Badr pada tahun kedua Hijriah. (QS Al-Anfaal 8:48).

Adakah Jin juga meninggal?

Menurut hadits yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim, di mana Nabi Muhammad SAW berdo'a: "Ya Allah, Engkau tidak mati, sedang jin dan manusia mati..." (HR Bukhari 7383 - Muslim 717).

Dia juga ada bertanya saya sama ada adakah ada virus, kulat dan bakteria di alam Jin? Saya menjawab Jin hidup di dunia kita yang sama yg sedang kita diami skg.

Walaupun banyak perbedaan antara manusia dengan jin, namun persamannya juga ada. Di antaranya sama-sama mendiami bumi. Bahkan jin telah mendiami bumi sebelum adanya manusia dan kemudian tinggal bersama manusia itu di rumah manusia, tidur di ranjang dan makan bersama manusia.
Tempat yang paling disenangi jin adalah tandas. Oleh sebab itu hendaknya kita berdoa waktu masuk tandas yang artinya: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari (gangguan) setan (jin) laki-laki dan setan (jin) perempuan." (HR At-Turmudzi).
(Wikipedia).

Setiap dari kita mempunyai Jin pendamping yang di sebut Qarin(menyertai). Jin ini akan turut serta dalam setiap apa yang kita lakukan dan cuba memperdayai kita.

Yang menyertai dia (qarin) berkata pula: 'Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkan tetapi dialah (manusia) yang berada dalam kesesatan yang jauh... (QS Qaaf 50:27)

Allah telah menetapkan bahwa setiap manusia didampingi oleh seorang malaikat (yang senantiasa mengajak kepada kebaikan) dan seorang jin kafir (yang senantiasa mengajak kepada keburukan). Semua jin yang menjadi qarin manusia adalah kafir kecuali jin qarin Rasulullah yang telah diislamkan oleh Allah.


Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.

Dia bertanya lagi, Bolehkah saya melihat Jin.

Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya.

Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia.

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri. Antara Raja Jin alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialah Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.

Manakala Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaail, Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail. Raja Jin yang mengusai kesemua Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM YA LI.. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.

Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.


Bermula dari saat itulah Iblis melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga ke hari kiamat.


Allah telah menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas manusia iaitu :-


Melalui Kejahatan ( As-Suu’ ) : iaitu berkenan dan gemar kepada dosa-dosa dan maksiat hati dan segala anggota tubuh badan.


Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu kejahatan yang lebih buruk dan jahat lagi. Kekejian ini adalah sebahagian daripada perkara yang membawa kepada kedurhakaan dan maksiat kepada Allah.


Melalui pembohongan dan menipu Allah melalui perbuatan, perkataan dan nawaitu.



Monday 22 August 2011

Apa yang berlaku pada Hari Kiamat



Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”
Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”
Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”
Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”
Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”
Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”
Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”
Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”
Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”
Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”
Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”
Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”
Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”
Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”
Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.
Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”
Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”
Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.
Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.
Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”
Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”
Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?” Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”
Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”
Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”
Jibril menjawab: “Ya!”
Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”
Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”
Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

(Dipetik dari Blog Syurga Itu Indah)

TOKOH ILMUWAN ISLAM: Ibnu Sina

Saya tertarik dengan satu topik di Mygenkz.net tentang Tokoh-tokoh Ilmuwan Islam. Ramai para ilmuwan hebat terdiri daripada muslim. Seperti Ibnu Sina iaitu Tokoh Perubatan Islam.



IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.

Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.

Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah ‘pangeran’-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah ‘menteri’-nya. Leher merupakan ‘jendela’-nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai ‘markas pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai ‘bumbung’ sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.

Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas bahawa "darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.

Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi :

Kuat atau denyutan yang lemah.
Masa antara denyutan.
Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.
Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.

Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:

Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.

Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M.



Ini menunjukkan Islam bukanlah agama yang dianggap tidak relevan dengan arus permodenan. Kerana tokoh-tokoh terdahulu membuktikan mereka tetap hebat walaupun bergelar muslim dan mengamalkan ajaran Islam. Agama itu sebagai penguat kepada ilmu yang kita ada.

Untuk mengetahui secara terperinci tentang siapa itu Ibnu Sina.. klik sini Ibnu Sina Tokoh Perubatan Islam.

Anda juga boleh mengikuti forum tentang Ibnu Sina di Forum Mygenkz.net

Staff Mygenkz.net.... (^___^)

MYGENKZ CREATOR
eWaNz88-GEM


MYGENKZ EXECUTIVE

  

xX[j3puKp1s3m4s3^88^]Xx

mohamadfazli_xgemx

99CadBury_ScHa99

Leopad_groups (Costa)

MYGENKZ DIRECTOR

AnnysSophilia88

FIFYxGEMx

ZACK88-xGEMx-

HoNdA_xgemx

seik089

aFiQ_sHa_NaNa

ZuLfiQaE_xeightx8x

MYGENKZ SENIOR MANAGER


» -QIEZWAN-SyAH88-

» AemOsh88

» aidasygxgemx

» aKu_aLiJiN_69

» aPiTzXGEMX

» D_fAiryTAlesGirL_xGEMx


» zAmruD_GEm_ThE_GeNkz


MYGENKZ MANAGER AND VICE MANAGER

» haniey

» EyEm0iSt88

» KiaMaT_DaH_DeKaT

» mabuksirap



Mygenkz.net The Coolest Community Wap

Sebagai salah seorang board manager Mygenkz.net, saya dengan berbesar hatinya ingin mempromosikan Mygenkz.net ...cheewaahh. Di blog ini akan diupdate entri2 berkenaan Mygenkz...



Mygenkz is the coolest community on WAP since 2008 based from mygenkz.co.cc,
You can meet people from worldwide and use private message box, buddy list, chat, forums or groups to communicate with them.You can create a detailed profile page, create a guestbook and publish your blogs easily from your phone.You can see your friends online status in your buddy list, Send pop-up messages to them and they can view it wherever they are in our world.
There are many other features available for free when you register to Mygenkz.Net
Some of them are interest groups, downloads, greetings, emoticons,
fun zone, games, polls and much more.. Enjoy the rest Join us!!


Jom join Mygenkz.net untuk menambah kenalan, berforum, mengetahui trik2 terbaru serta event2 dengan hadiah yang menarikkkk!!!..

Klik di sini Mygenkz.net

Pemutihan PATI bermula Julai

Berkenaan dengan isu ini ramai yang tidak berpuas hati dengan program Pemutihan PATI yang bermula 1 Julai lalu. Rata-rata daripada kita bimbang negara akan dipenuhi oleh Pendatang Asing Tanpa Izin ini. Sekarang pun jika kita lihat di bandar2 utama negara seperti Kuala Lumpur sudah dibanjiri dgn pendatang tanpa izin. Kita seperti terasing di negara sendiri. Mari kita lihat apa objektif sebenar proses pemutihan ini.




Timbalan Menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong berkata mulai tarikh itu, semua pengambilan pekerja asing akan dibekukan bagi memastikan program pemutihan dan pengampunan warga asing tanpa izin berjalan lancar.

“Kita juga sudah senarai pendek 200 syarikat swasta yang akan terlibat menguruskan pendatang tanpa izin itu,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sijil kewarganegaraan Malaysia kepada 14 orang yang telah memohon taraf kewarganegaraan sejak setahun lalu di sini hari ini.
Lee berkata program penyelesaian menyeluruh pendatang asing tanpa izin atau Program 6P itu dilaksana melalui pengwujudan sistem pendaftaran yang merangkumi pengambilan biometrik semua pendatang asing tanpa izin di Malaysia.

Program itu meliputi enam pelan tindakan melibatkan pendatang asing tanpa izin iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.
Lee berkata objektif pemutihan itu adalah untuk mengumpul data pendatang asing tanpa izin di negara ini termasuk berapa ramai yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing dan memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin untuk pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan tetapi terhad kepada tempoh yang dibenarkan.

Beliau berkata 200 syarikat yang berminat menjadi wakil menguruskan pendaftaran pendatang asing tanpa izin itu telah mengemukakan permohonan menggunakan borang yang boleh dimuat turun dari laman web www.moha.gov.my.

Lee berkata Kementerian Dalam Neneri menetapkan hanya syarikat yang berpengalaman dalam bidang pengurusan sumber manusia dan pekerja asing akan dipilih manakala bagi pertubuhan atau persatuan pula ia hanya membabitkan majikan serta yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
“Kita mempunyai 1.9 juta warga asing yang sah bekerja di negara ini. Berdasarkan maklumat, pendatang asing tanpa izin juga berjumlah dua juta,” katanya.
- Bernama


Namun ada pula yang menyatakan bahawa Proses Pemutihan ini mempunyai agendanya tersendiri. Sepertimana skrip dibawah yang di katakan sebagai skrip akuan sumpah bagi PATI dalam proses ini.


Ini adalah dakwaan pihak2 tertentu. Betul atau salah tidak dapat kita pastikan. Apa2 pn anda ada mata dan telinga nilailah sendiri. Jangan hanya untuk kepentingan politik negara tergadai.

Review Buku: Kaum-kaum Yang Pupus


Buku ini saya beli awal tahun 2011. Hasil tulisan Harun Yahya dan diterjemahkan oleh Rozalli Hashim. Buku ini diterbitkan oleh Saba Islamic Media. Buku ini mengkaji bagaimana kaum-kaum yang tersebut di dalam Al-Quran dipupuskan. Ia mengemukakan bukti-bukti dokumentari penemuan arkeologi dan rekod sejarah kaum-kaum tersebut.

Kaum Nabi Nuh a.s. yang telah tenggelam di bawah air banjir yang mengerikan...Kaum 'Ad yang telah ditimbusoleh ribut pasir yang tiada hentinya...Kaum Nabi Lut a.s yang mengamalkan liwat dan telah dihapuskan dari muka bumi dengan aliran lava serta gempa bumi...Askar-askar Fir'aun yang telah hilang di dalam laut...dan banyak lagi kerajaan-kerajaan silam yang telah dihapuskan dari muka bumi ini oleh Allah kerana durhaka mereka...

Buku ini mengandungi 9 bab dan 150 muka surat.
1) Kisah Banjir Besar Nabi Nuh a.s
2) Kehidupan Nabi Ibrahim a.s
3) Kaum Lut a.s dan bandar yang dilingkupkan.
4) Kaum 'Ad dan Uber "Atlantis Padang Pasir"
5) Kaum Thamud
6) Firaun yang dilemaskan
7) Kaum Saba' dan banjir Arim
8) Nabi Sulaiman a.s dan Ratu Saba'
9) Ashabul Kahfi

Buku ini sangat menarik dan berkualiti. Kertasnya juga tebal dan mempunyai halaman berwarna. Semua kisah dalamnya di sokong oleh bukti saintifik dan fakta serta bukti sejarah...Di bawah adalah beberapa gambar dari halaman buku ini.






Sunday 21 August 2011

Bila Agama diPijak....


(Dipetik dari: www.facebook.com/Pendedahan Eksklusif Siapa Sebenar Sitt Al-Wuzara)

Kes murtad ini hangat dibincangkan di laman sosial dan di blog2. Golongan yang murtad ini bangga dengan pegangan mereka sehinggakan banyak kumpulan2 ditubuhkan dan ahlinya adalah golongan yang sealiran pemikirannya dengan mereka. Mereka juga bangga mengeluarkan idea-idea yang mereka anggap bijak bagi menafikan kata-kata Allah yang terdapat dalam Al- Quran. Sememangnya kita bebas mempersoalkan apa sahaja dan belum lagi ada yang ditangkap kerana menyuarakan pendapat, sememangnya 'Freedom of speech telah kita amalkan. Tetapi kita harus pandai bezakan antara 'Menyatakan pendapat' dengan 'Menghina Agama'...adakah kedua2nya sama???...

Rata-rata golongan ini dari kalangan bijak pandai yang taksub dengan kepandaian mereka seperti orang yang baru mendapat ilmu..(agak sinis hehe)..Mereka taksub dengan Sains dan percaya bahawa Sains boleh menjelaskan segalanya. Kita harus faham bahawa ilmu itu ada dalam pelbagai bentuk. Sains adalah ilmu yang betul dan tidak semestinya benar. Betul bermaksud ianya boleh diperakui betul dalam jangkamasa tertentu sahaja. Contohnya, pada zaman dahulu para Saintis menyangka bahawa terdapatnya manusia kecil dalam Sperma manusia. Dan masyarakat pada zaman itu sangat percaya akan teori ini. Tetapi adakah itu benar?????....ianya hanya betul pada waktu itu tetapi tidak lagi relevan pada masa sekarang kerana kita tahu bahawa Sperma hanya membawa bahan genetik daripada bapa sahaja.

Tetapi apa yang tertulis dalam Al-Quran itu benar kerana setelah berkurun lamanya tertulis dalam Al-Quran tentang kejadian manusia secara terperinci.

> Nutfah (percantuman di antara benih lelaki & perempuan)
> Alaqah (gumpalan darah beku)
> Mudghah (membentuk seketul daging)
> Proses Pembentukan tulang
> Proses daging (otot) membaluti tulang-tulang yang telah dibentuk.
> Nash'ah (peringkat perkembangan janin di dalam rahim ibu)

Proses kejadian manusia seperti mana yang disebutkan di dalam al-Quran berdasarkan surah al-mu'minun (ayat 12-14)

Pada berkurun-kurun lampau adakah Saintis sudah tahu akan proses kejadian manusia sehingga mampu menulisnya dalam Al-Quran?..atau adakah Nabi Muhammad s.a.w yang menulisnya? Sedangkan baginda tidak tahu menulis dan membaca. Bukankah ianya benar, sehingga baru dapat dibuktikan sekarang???...Jadi janganlah terlalu taksub hingga membelakangkan agama.

Jangan hanya memetik terjemahan Al-Quran yang ada di internet yang telah dipesongkan dan menilai Islam darinya. Islam itu indah, manusia yang mengotorinya dengan mempergunakan agama. Islam dan Allah tidak memerlukan kamu, kamu hanyalah hambanya tetapi kamu yang memerlukan Allah. Mungkin kamu rasa hidup kamu sekarang senang dan tidak memerlukan pertolongan Allah. Kamu silap kerana pertolongan Allah jugalah kamu dapat bernafas saat kamu membaca entri ini...

(Penulis sangat bersungguh dalam menulis entri ini...kecewa dengan sikap umat manusia sekarang)

Al Quran di Malaysia hanya sekadar dimusabaqah

Al Quran di Malaysia hanya sekadar dimusabaqah
(Berita di atas di petik dari Harakahdaily.net)




Adakah Al-Quran di Malaysia sekadar dimusabaqah?..Rata2 dari kita hanya tahu membaca Al-Quran tanpa tahu isi kandungannya jauh sekali mengamalkannya. Sebab itu ramai anak muda memilih untuk murtad dan menjadi athies kerana tidak percaya wujudnya Tuhan. Sedangkan Al-Quran telah lengkap menceritakan tentang kewujudan Allah. Dari kecil kita hanya disuruh untuk menghadiri kelas mengaji Al-Quran tanpa mngetahui kenapa dan untuk apa. Sedangkan para saintis sekarang sibuk mengkaji Al-Quran kerana banyak kebenaran yang ada dalam Al-Quran telah terbukti benar. Kita tidak juga boleh menyalahkan 100% remaja2 yang terpesong ini. Selain itu kita juga harus membaiki diri sendiri (Nasihat untuk diri sendiri juga)..Sepatutnya Kurikulum Pendidikan Islam harus dikaji semula dan pelaksanaannya harus diberatkan. Masyarakat sekarang tidak seperti masyarakat dulu yang menerima tanpa banyak soal. Jika dilihat di sekolah subjek Pendidikan Islam dipandang remeh berbanding Sains, Matematik dan lain-lain. Pelajar pula hanya menghafal untuk mendapat A. Pada masa sekarang sepatutnya sistem pendidikan kita harus menitikberatkan pembangunan sahsiah. Begitu juga dengan Pendidikan Moral. Ini kerana generasi muda sekarang dilihat semakin tersimpang dan leka dalam arus permodenan. Tiada lagi adab sopan dan budi bahasa, yang tinggal hanya lagu2 yang menyuruh kepada berbudi bahasa. Tetapi permasalahan ini bukan hanya pada golongan remaja. ibu bapa juga dilihat tidak lagi mengendahkan sahsiah anak2..yang mereka inginkan hanya anak2 berjaya jadi doktor, peguam, professor dan sebagainya. Institusi agama semakin tenggelam peranannya. Ramai dari kita yang jahil agama berbanding yang alim. Tetapi jika yang jahil ini dibentangkan jalan yang luas untuk berubah. Maka nikmatnya kita nikmati bersama. Jika yang jahil itu tidak dipedulikan dan terus ditekan maka sampai bila2 pn mereka akan tetap dengan kejahilan mereka. Sebarkan agama dengan kelembutan bukan kekerasan...(Panjangnya ceramah hari ini. Sekadar luahan hati).

Saturday 20 August 2011

Review Buku: Alexander Adalah Zulqarnain


"Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam Al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Buku ini mendedahkan profil Alexander The Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejara iaitu Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya seorang yang beriman." - Review penulis.

Buku kali ini ialah Alexander Adalah Zulqarnain yang di tulis oleh Wisnu Sasongko atau Muhammad Alexander. Seorang pensyarah dan pengkaji dari Universiti Brawijaya. Indonesia. Buku bestseller beliau ialah Yakjuj&Makjuj Bencana di sebalik gunung. Buku ini diterbitkan oleh PTS Islamika. Terdapat 15 bab dalam buku ni dan mempunyai 730 muka surat (Belum habis baca..tebalnya). Buku ini saya beli pada awal tahun 2011. Antara bab2 yang ada dalam buku ini:

1) Alexander The Great Di dalam Tafsir Al-Quran
2) Alexander The Great -Yunani Rom kuno
3) Para Penguasa Dunia (1010 -330sm)
4) Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj dan Makjuj
5) Oasis Monoteisme di Gurun Paganisme Yunani
6) Peringkat Awal Kempen Pembebasan Alexander
7) Pertemuan Alexander dengan Yahudi beriman di Jerusalem
8) Pengembaraan Alexander membebaskan Mesir (Barat)
9) Pembebasan Alexander The Great ke Arah Timur
10) Alexander Memasuki Lembah Fergana
11) Alexander Bertemu Bangsa Cina Perantau
12) Alexander Membina Kota Alexandria Eschate dan Tembok Besi
13) Konflik Dalaman Alexander dan Penganut Paganisme Yunani
14) Jawapan kepada tuduhan
15) Penutup.


Buku ini mengandungi peta2 berwarna perjalanan Alexander serta peta di mana Yakjuj dan Makjuj di kurung. Terdapat juga ilustrasi bagaimana tembok Yakjuj dan Makjuj dibina. Gambar adalah seperti di bawah.





Review Buku: Singkatnya Usia Umat Islam, Kedatangan Imam Mahdi & Munculnya Dajal


Ini juga antara buku yang dibeli pada minggu lepas. Saya lebih suka membaca buku2 seperti ini kerana saya sangat ingin tahu apa isinya.

Berbalik kepada buku ini. Ianya ditulis oleh Amin Muhammad Jamaluddin, diterjemahkan oleh Adawiya Saad dan disunting oleh Dr. Mohd Puzhi Usop. Sama juga seperti buku saya yang lepas ia diterbitkan oleh penerbitan Al-Hidayah.. Amin Muhammad merupakan Pensyarah di Universiti Al-Azhar.

Buku ini mengandungi Perbahasan - perbahasan orang2 ternama tentang isu2 Akhir Zaman. Buku ini mengandungi banyak topik kecil..

Perbahasan Pertama:
1) Tanda-tanda Kiamat
2) Perang Armagadon
3) Usia Umat Islam
4) Keterangan Dalam Injil
5) Kedatangan Imam Mahdi
6) Al-Masihuddajal (Ciri2 Dajjal dan kedatangannya)

Perbahasan Kedua:
1) Tanda-tanda Kecil Kiamat yang Telah Muncul(Di bincang dgn teliti)
2)Imam Mahdi sebagai Tanda Batasan
3)Peristiwa Yang Berlaku Pada Tanda-Tanda Besar Kiamat.

Perbahasan Ketiga:
1) Nabi Muhammad S.A.W
2) Perkara Yang Perlu Diperhatikan
3) Lampiran Ahli Kitab Tentang Hampirnya Akhir Zaman.

Buku ini sangat menarik. Dan Insyaallah saya akan cuba menghabiskannya. Buku ini mempunya 452 muka surat..

FrOm BioloGy to BM.. :)




Alkisah diri ini dan subjeknya..hehehe...Saya amat meminati Biologi dan dikira sangat taksublah (Boleh ke guna perkataan ni)...Saya mula meminati Sains seawal darjah 4 (mula2 belajar sains). Saya rasa semua benda saya nak tahu...saya sibuk baca buku2 Sains ayah sy yg tebalnya 14 inchi (Lau terhempap boleh mati kot )..xketinggalan buku kakak2 dan abg2...Bila naik ke tingkatan 4, saya amik sains tulen Fizik, Kimia dan Biologi...Saya mula meminati Biologi, dan saya rsa ia sgt sesuai dgn saya. Masa saya tingkatan 5, guru Biologi saya sgt baik dan xjemu2 mengajar saya. (Thanks Cikgu Arnida SMKTAR). Tambahan saya sgt suka melukis (mungkin dah keturunan) jadi saya suka melukis semua gmbar2 organ dalam buku nota saya...Masa tu saya rasa inilah minat sy, Alhamdulillah akhirnya saya mendapat A dalam subjek Biologi dan dapat masuk ke matrik dalam Aliran Sains Hayat (Biologi)...

Masa di matrik bercambah2 la minat pada Biologi.. Masa tu kami di wajibkan membeli buku Campbell yang tebal dgn harga rm80 xsilap saya. Dan saya suka akan penerangan dalam buku tu yang jelas. Abis semua soalan dalam CD Campbell saya buat..dan asyik tgok CD tu saja.. Masa tu saya juga mengambil Kimia dan Kalkulus. Subjek lain agak terabai..hehehe mujur xkantoi..dan akhirnya mendapat A bagi subjek Biologi ..hehehe

Saya mendapat tempat di UPSI bg coz Biologi. Tapi bila di U, subjek Biologi di kembangkan lagi. Ada Morphologi, Biodiversiti, Genetik, Anatomi dan banyak lagi.. Ada juga yang saya tidak suka hehe..contohnya Morphologi Haiwan..adeh mau bengkak juga kepala mo hafal dan tahu semua, Saya dapat B- huhu. Tambah2 subjek Genetik banyak yang blur...Tapi saya sangat suka Biodiversity dan mendapat A lam subjek ni...Saya ada juga ambil Fizik , Kimia dan Kalkulus...tapi yang paling tensen ialah Fizik!!!

Mungkin otak orang Bio xdapat menghadam pelajaran Fizik..semua benda mau dikira..Masa exam lagi lah..soalan nmpak mcm tulisan Rusia suda sbb terlalu blurr dan nebes..alih2 Fizik dapat C. (Padan muka lau belajar ikut minat saja..)

Berbalik kepada topik (macam dah tersasar ja)...Akhirnya saya posting dan diberi subjek BM. Ada juga rasa sedih di sudut hati..cehhh. Tapi apa kan daya hanya itu subjek yang kosong. Mula2 saya mengiakan kerana menganggap subjek BM ini senang... Tapi sebenarnya tidak, kena penuh ilmu di dada baru bleh mengajar dengan jayanya.. Berbekalkan ilmu masa sekolah (BM A1 tau..hahaha). Saya cuba belajar balik..saya cuba supaya xmemberi ajaran sesat pada pelajar..

Jadi guru BM perlu jadi seorang guru yang rajin!!! mcm Ketua Bidang saya En. Husmi Hussin (idola saya untuk mengajar dengan baik!! )..Manakan tidak kena menyemak karangan yang berjumlah 3x40 pelajar x 4 kelas hnya bagi seminggu!!...Dan membaca karangan2 pelajar yang tulisannya mengalahkan cacing kepanasan..kadang2 jd mcm orang mental pn ada di bilik guru kerana gelak2 sorang baca karangan budak.. Bila budak2 menghantar buku, sudah pn buku panjang dorang berlapis dua..sbb terlalu byak karangan...Mau pengsan saya, maksudnya dalam satu kelas sudah 40 orang dan setiap org mau disemak 2 buah buku!!...

Kadang-kadang saya agak moody dan garang di kelas.. Kenapa sbb sy sudah berusaha menjadi guru BM untuk mereka, tapi mereka tidak menghargai usaha saya. Kadang2 berbagai teknik di cuba...Tetapi bagi tahun ni alhamdulillah pelajar sudah ada peningkatan berbanding awal tahun...Kadang2 rasa stress tapi saya cuba berfikir "Guru lain pn sama juga seperti saya, malah ada subjek yang lagi susah"...jadi bersyukurlah dengan apa yang ada. Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang kita xdapat hadapi..

Setelah mau masuk 2 tahun mengajar BM, saya sudah boleh nampak apa yang pelajar perlu tahu secara keseluruhannya. Dan saya rasa tahun ini sy mengajar lebih baik dari tahun lepas. Ada jugak rasa bersalah kepada pelajar2 tahun lepas kerana tidak dapat mengajar dengan baik.. Dan saya rasa semua subjek perlu ada Modul Pengajaran Guru. Ini amat membantu jika guru dari opsyen yang lain. Saya bercadang untuk membuat Modul Pengajaran BM untuk diri sendiri. Ini boleh di jadikan satu Kajian Tindakan!!!!...markah SKT tuk tahun depan..hehehehe

Teknik Menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu PMR (NOVEL)

Soalan bahagian ini adalah berdasarkan novel-novel yang dikaji mengikut zon masing-masing. Oleh itu, pelajar mesti membaca serta mengkaji novel dari aspek-aspek sasteranya seperti sinopsis, tema, persoalan, perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, nilai, dan pengajaran.

> Untuk menjawab soalan ini, pelajar tidak harus hanya bergantung pada sinopsis
sahaja, kerana kebanyakan aspek sastera tersebut memerlukan contoh-contoh yang
mesti dikemukakan semasa menjawab soalan.

> Semasa menjawab soalan KOMSAS, pelajar diwajibkan menulis dalam bentuk
esei/karangan bukannya ditulis dalam bentuk poin, rangka isi atau jadual.

> Sebaik-baiknya tulis isi jawapan dengan formula = FAKTA + CONTOH
Contoh: Nilai yang terkandung dalam novel ‘Istana Menanti’ ialah nilai Menghormati . (FAKTA) Nilai ini dapat kita lihat menerusi watak Fadhil, yang
sentiasa menghormati orang tuanya.Dia juga bersalaman sebelum ke Gunung Datuk.

> Selain itu, pelajar juga mesti mengelakkan daripada melakukan banyak kesalahan
dari aspek tatabahasa dan ejaan, kerana terdapat markah untuk bahasa dalam
soalan ini.

Teknik Menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu PMR (KARANGAN UMUM)

> Dalam Bahagian C ini, anda diberi 5 pilihan. Bacalah dengan teliti semua soalan.Jangan baca sekerat sahaja dan terus membuat keputusan.

> Mulai tahun 2005, markah yang diberi ialah 40 markah. Karangan akan disemak secara
impression dan mementingkan aspek bahasa. Oleh itu, pelajar mesti berhati-hati, dan
sentiasa menyemak karangan bagi mengurangkan kesilapan tatabahasa.

> Pilihlah soalan yang anda tahu bukannya memilih soalan yang popular tetapi anda tidak
memahami isu yang dinyatakan.

>Sebaik-baiknya pilih soalan yang sesuai dengan pemahaman, pengetahuan, dan
keupayaan anda mengembangkannya. Selepas itu, sediakan rangka karangan seringkas
yang mungkin.

>Sebelum menulis rangka karangan, fahamilah kata kunci soalan karangan, isu soalan dan
jenis karangan tersebut.

Contoh:
Sungguhpun negara anda kian maju, namun pengurusan sampah sarap masih belum
memuaskan. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.
Kata kunci: Cadangkan langkah-langkah mengatasi
Isu: Pengurusan sampah sarap masih belum memuaskan.
Jenis karangan: Pendapat

Untuk Kertas 02/2 PMR Bahasa Melayu, anda digalakkan menulis:
> Pendahuluan (40 patah kata)
> Empat isi penting (40 x 4 isi = 160 patah kata)
> Penutup (40 patah kata)
> Jumlah perkataan = 240 patah kata
> Jumlah yang dikehendaki = 180 patah kata
> Perenggan isi hendaklah mengandungi: Fakta + Huraian + Contoh
(F + H + C)

Untuk belajar secara terperinci....Jgan main2 dalam kelasss!!!..cikgu da ajar kamu yang xdengar..huhuhu.

Teknik Menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu PMR (KARANGAN BERPANDU)

Mulai PMR 2005, pelajar akan menjawab karangan berdasarkan bahan rangsangan
sama ada dalam bentuk gambar, bahan grafik, jadual dan sebagainya.

1)Untuk menjawab soalan ini, langkah pertama yang penting adalah membaca arahan
soalan dengan teliti, kerana terdapat kata kunci yang akan membimbing pelajar untuk
menghasilkan karangan nanti.

Contoh Soalan: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kegunaan
perpustakaan
berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda hendaklah tidak
lebih daripada 120 patah perkataan.

> Berdasarkan arahan soalan tersebut, pelajar dikehendaki menulis tentang kegunaan
perpustakaan (kegunaan = kepentingan, kebaikan, faedah, dan manfaat).
> Ingatlah, bahawa ini ialah karangan. Oleh itu, haruslah mengandungi pengenalan,
tiga isi, dan penutup. Oleh sebab masa yang dicadangkan hanyalah 25 minit, maka
pelajar dinasihatkan hanya menulis sebanyak 120-150 patah perkataan sahaja.
> Jangan terlalu mengambil masa yang lama untuk menulis karangan bahagian ini
> Jumlah isi ialah 3 - 4 sahaja.
> Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih.

Cara menulis Pendahuluan:

> Bincang tentang tajuk bahan ransangan. (Tentang perkara utama dalam soalan)
> Sentuh tentang isu yang berkaitan dengan tajuk atau bahan ransangan.
> Mengikut kehendak soalan. (Punca2, faktor, kesan, implikasi atau sebagainya)

Cara Menulis Perenggan Isi:
> Setiap perenggan isi mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH
> Setiap perenggan mestilah ada talian atau kesinambungan dengan menggunakan penanda wacana.

Cara Menulis Penutup
> Buat rumusan, cadangan bagi keseluruhan karangan tadi.

Teknik Menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu PMR (PEMAHAMAN PETIKAN UMUM))

Berdasarkan petikan umum untuk membuat ringkasan tadi, pelajar juga perlu menjawab
3 soalan pemahaman.

Soalan 1
Soalan tentang maksud frasa atau rangkai kata dan juga peribahasa yang terdapat dalam
petikan dan 2 markah akan diberi. Seboleh-bolehnya, gantikan setiap perkataan dalam
rangkai kata tadi dengan perkataan anda sendiri, tetapi hendaklah mengikut maksud
penggunaannya dalam petikan.

Soalan 2
Soalan pemahaman berdasarkan petikan dan markah yang diberi ialah 4. Oleh sebab soalan
ini berdasarkan petikan, pelajar mestilah mencari isi jawapannya dalam petikan tersebut.
Setelah ditemui, jangan disalin bulat-bulat tetapi seperti menjawab ringkasan, pelajar
sekurang-kurangnya mengubah satu atau dua perkataan. Markah yang diberi ialah 4, maka
pelajar perlu mengemukakan lebih daripada satu isi (2, 3 atau 4 isi jika ada dalam petikan).

Soalan 3
Merupakan soalan pendapat yang jawapannya dikategorikan sebagai tersirat. Hal ini
bermakna pelajar mesti membuat kesimpulan atau memberikan pendapat sendiri.

Selalunya pelajar memandang remeh akan bahagian ini. Sedangkan bahagian ini lah yang banyak membantu anda mendapat markah dengan mudah. Dan ada juga pelajar yang xdengar masa guru mengajar (Mau di tarik telinga ni) suka menjawab menggunakan point. Markah bagi soalan ini berjumlah 10 markah!!!!...dan ianya sangat mudah...jadi jgn sia2 kan bahagian ini. PAHAM!!..

Teknik Menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu PMR (PEMAHAMAN PETIKAN UMUM))

Berdasarkan petikan umum untuk membuat ringkasan tadi, pelajar juga perlu menjawab
3 soalan pemahaman.

Soalan 1
Soalan tentang maksud frasa atau rangkai kata dan juga peribahasa yang terdapat dalam
petikan dan 2 markah akan diberi. Seboleh-bolehnya, gantikan setiap perkataan dalam
rangkai kata tadi dengan perkataan anda sendiri, tetapi hendaklah mengikut maksud
penggunaannya dalam petikan.

Soalan 2
Soalan pemahaman berdasarkan petikan dan markah yang diberi ialah 4. Oleh sebab soalan
ini berdasarkan petikan, pelajar mestilah mencari isi jawapannya dalam petikan tersebut.
Setelah ditemui, jangan disalin bulat-bulat tetapi seperti menjawab ringkasan, pelajar
sekurang-kurangnya mengubah satu atau dua perkataan. Markah yang diberi ialah 4, maka
pelajar perlu mengemukakan lebih daripada satu isi (2, 3 atau 4 isi jika ada dalam petikan).

Soalan 3
Merupakan soalan pendapat yang jawapannya dikategorikan sebagai tersirat. Hal ini
bermakna pelajar mesti membuat kesimpulan atau memberikan pendapat sendiri.

Selalunya pelajar memandang remeh akan bahagian ini. Sedangkan bahagian ini lah yang banyak membantu anda mendapat markah dengan mudah. Dan ada juga pelajar yang xdengar masa guru mengajar (Mau di tarik telinga ni) suka menjawab menggunakan point. Markah bagi soalan ini berjumlah 10 markah!!!!...dan ianya sangat mudah...jadi jgn sia2 kan bahagian ini. PAHAM!!..

Teknik Menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu PMR (RINGKASAN)

Salam. Kepada pelajar2 yang bakal menduduki Peperiksaan PMR xlama lagi. Di sini ada sedikit tips untuk menjawab Kertas 2 BM. Maaf blog ini juga tidak menggunakan ayat BM yang betul walaupun cikgu BM..hahahah. (Skema is boring Rebel is something)..pegangan yg entah datang dri mana :).

Berbalik kepada teknik tadi..

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN A: RINGKASAN

1) Langkah pertama, pelajar haruslah membaca arahan soalan dengan teliti
terutamanya untuk mengenal pasti kata kunci/fokus soalan seperti faktor, langkah,
kesan, kepentingan, manfaat, implikasi, akibat, cara dan sebagainya.

2) Selepas mengenal pasti kata kunci tersebut, pelajar perlu mencari isi-isi penting
dalam petikan berdasarkan kata kunci/fokus soalan yang diberi.Jangan hadkan
jumlah isi-isi penting. Carilah sebanyak mungkin yang ada dalam petikan tersebut.

3) Selepas dapat mencari isi-isi penting tersebut, tulis ringkasan dalam satu perenggan
yang mengandungi tidak lebih daripada 80 patah perkataan (sekurang-kurangnya
mesti ada 6 hingga 7 isi).

4) INGAT!!! Jangan salin ayat bulat-bulat daripada isi tersebut; dan jangan ubah
kesemua perkataan yang terdapat dalam isi tersebut kerana bimbang maksudnya
akan terpesong.

5) Lebih baik dan selamat, ubah satu atau dua perkataan yang terdapat dalam ayat
isi itu.

6) Selepas menulis ringkasan itu sila kira jumlah perkataan serta semak jika terdapat
kesalahan ejaan atau tatabahasa.

7) Markah maksimum untuk isi ialah 10 markah (5 isi x 2 = 10 markah); manakala markah
maksimum untuk bahasa ialah 10 markah (bergantung pada persembahan bahasa
pelajar).


MACAM MANA PULA BAGI PELAJAR LEMAH??

Kebanyakkan dari kita memberi tips tanpa memikirkan pelajar yang sangat lemah. Kita tidak boleh nafikan masih ada segelintir pelajar yang sangat lemah. Malah ada juga yang tidak boleh membaca.
Bagi yang lemah apa kata cuba cara di bawah. Tulis ringkasan anda mengikut template di bawah.


_______(Isikan dengan Penanda Tugasan, iaitu ayat yang selalunya berwarna HITAM pada soalan)_________ ialah ____________(isi 1)_____________. Selain itu, ________________(isi 2)__________________. Seterusnya, _____________________(isi 3)________________. Disamping itu, __________(isi 4)______________. Akhir sekali, __________(isi 5)______________________.

P/S: pelajar perlu isi sendiri tempat kosong dengan isi2 yang telah dicari dalam petikan yang diberi. Good Luck in PMR.

Review Buku: Kisah-Kisah Inspirasi Para Mualaf Dunia.

Salam. Selalunya weekend ja mesti jalan..tapi minggu ni xjalan sbb gaji pn xmasuk lagi.hehehe...jadi masa yang terluang ni digunakan untuk berblogging dan membaca buku. Buku yang sy baca untuk kali ni ialah "Kisah-Kisah Inspirasi Para Mualaf Dunia" yang ditulis oleh Nisrina Lubis dan disunting oleh Dr. Mohd Puzhi Usop. Terbitan Al-Hidayah House Of Publisher Sdn.Bhd.




Buku ini mendedahkan tentang pengalaman, proses dan peristiwa dahsyat ramai muallaf yang membawa mereka kepada Allah Azza wa Jalla. Seperti ahli muzik, penyair, artis, model, jurufoto, professor, ahli agama dan sebagainya. Mereka ialah Moisha Krivitsky, David Sterling, Jemima Goldsmith, Sarah Bokker, Jermain Jackson, Wilfred Hofmann, Kolonel Donald S.Rockwell dan ramai lagi...Buku-buku begini dapat memberi inspirasi dan menguatkan lagi iman kita... :)

Saya dan PurPle (^__^)


Kalau dilihat pada blog ni obviously saya amat meminati unggu.. Saya tidak tahu bila saya mula meminati warna unggu. Tapi yang pasti sy perasan bila masa sy di bangku sekolah, kebanyakan baju raya sy berwarna unggu..heheheh. Dan saya amat selesa menggunakan warna unggu. Baju saya sekarang pn byak yng berwarna unggu. Tetapi saya tidak pula taksub sehingga satu bilik berwarna unggu. Minat tu datang secara semulajadi...semua yang berwarna unggu dilihat sagt cantikk!!!!...apa lagi...jom goggling cari personality di sebalik warna. Ini yang saya jumpa...

"Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain."

(http://linncomel.com/index.php/2007/04/08/warna-aura-dan-personaliti/)

Bagus juga maksud warna ni...yang xtahan tu "Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal"..kah kah kah..lucu plak rasa. So apa lagi goggling la untuk tahu personaliti anda...hehehe

Choices~(Di Ambil dari Blog Nani The Star :)



1 – “No one else can ever make your choices for you. Your choices are yours alone. They are as much a part of you as every breath you will take, every moment of your life.”
2 – “You may think that in life, a lot of things happen to you along the way. The truth is, in life, you happen to a lot of things along the way.”
3 – “Choosing to live your life by your own choice is the greatest freedom you will ever have.”
4 – “It is only when you exercise your right to choose that you can also exercise your right to change.”
5 – “It is your programming that has created your choices in the past. It is the choices you make today that are creating the programs of your future.”
6 – “If you were given only one choice: To choose or not to choose, which would you choose?”
7 – “The choices we make by accident are just as important as the choices we make by design.”
8 – “Another person’s choice is nothing more than another alternative for you to consider.”
9 – “There is no life as complete as the life that is lived by choice.”
10 – “There may be a thousand little choices in a day. All of them count.”
11 – “Whatever you choose, you might as well enjoy it. It is your choice.”
12 – “When you have a problem, make a choice…you’ll feel better.”
13 – “If you’d like to know what your choices have been, look at yourself and the life you have lived. What you see is the choices you’ve made.”
14 – “Who knows what you could accomplish in life if you made more of the right choices along the way?”
15 – “Some people choose to live by complaining. Other people choose to live.”
16 – “You cannot manage your life if you do not manage your self. You cannot manage your self if you do not manage your choices. Manage your choices, and you will manage your life.”
17 – “Learning what to choose, and how to choose, may be the most important education you will ever receive.”
18 – “The choices we make in the heat of emotion would be better if left for some other day.”
19 – “Listen to the quietest whispers of your mind. They are telling you the choices that will help you the most.”
20 – “Even the best of choices is only as strong as the choices that stand by its side.”
21 – “It is the big choices we make that set our direction. It is the smallest choices we make that get us to the destination.”
22 – “Each day that passes, your choices will come and go. They are like diamonds in a chest of jewels, each waiting to be discovered.”
23 – “Those who choose to succeed always do better than those who never choose at all.”
24 – “The highest levels are most certainly filled with those who chose to be there.”
25 – “If you have to take time to make a choice, take time. Then make the choice.”
26 – “The end result of your life here on earth will always be the sum total of the choices you made while you were here.”

Saya dan Internet...xDapat diPisahkan

Saya mula mengenali internet ni sejak Tingkatan satu tahun 1999. Masa tu org semua sibuk chatting dan p cc..masa tu lah pertama kali sy buat email. Lepas sekolah mesti p cc chatting..abis duit sekolah p cc ja. Tambah2 kalau musim bola, asyik tgok bola dlm internet. Sampai india tempat CC pn geleng kepala..dia ckp "Pelik juga ya, budak perempuan pn sibuk tgok bola di internet"...mula2 explore sendiri ja xda belajar2 dirumah pn xda internet. Bila dh addicted ni..kai internet kt fon pn jadi lah...Masa form 5 2003-2004, remaja2 sibuk main WAP Community guna fon, sy pn xketinggalan..masa tu mula2 join MBLOG.


Ramai masa tu semua ada geng sendiri. Lucu masa muda2 ni...dalam tu macam2 org bleh kenal. Semua berlumba2 update blog masing2 supaya masuk List Most Popular, Most Recent dan byak lg..sy xterkecuali..mcm2 teknik mengupdate di gunakan. Ada yang sampai bergaduh2..tetapi untungnya jumpa ramai kenalan yg masih ada smpai skg. Masa tu juga WAP2 komuniti wujud mcm cendawan lepas hujan..mcm2 ada.Rasanya berpuluh sy join.. Kuyawap, Arenawap, Malaysiawap, Melayu Buntu, Kristalwap dan byak lagi dan wap2 ini ada yg masih ada smpai sekarang...Itu lah meriahnya org Malaysia di dunia maya..Kalau di ikutkan sudah 7 tahun main bendalah ni sampai la skg.. Dah tahap Makcik dah.

Bila masuk matrik, advance ckit mula belajar buat Multimedia guna Swishmax dan laman web guna Dreamweaver...Web pertama yang sy buat ada FanPage untuk artis Eminem. Sebab masa tu minat tahap dewa kat Eminem ni...Lepas tu mcm2 lah yg timbul..Myspace, FB, Twitter, Zorpia, Blogger entah mcm2 dah join sampai semua password dh lupa...

Dan sekarang pada usia 25 tahun masih lagi setia mengadap internet. Ramai yang kata semua ni buang masa. Tapi sy rasa tidak kerana terlalu byak pengetahuan yang sy dapat sebab sy ni mmg suka mngelongkar internet..dari pengetahuan am sampai pengetahuan xam pn semua baca...jadi bila kita baca sendiri dan cari sendiri kita boleh menilai apa yg kita dapat tu betul atau tidak...banyak benda yg boleh kita pelajari...

Tapi pelajar2 sekarang sangat xmenghargai kemudahan yang ada..contohnya macam netbook 1malaysia. Bukan digunakan dengan betul, sibuk mau bukak Fb la apa la. Donlod cerita Korea la. Ada juga yg tengok benda yang xsepatutnya. Mentaliti mereka telah terpengaruh dgn budaya yg tidak baik...Malah ada juga pelajar yng tidak pandai membaca pn ada FB. Jadi apa lah yg dorg tulis?...sedangkan kami dulu punyalah susah nk dapatkan satu laptop utk wat asgment pn susah..


Zaman sy dulu, main tu main jugak, ponteng pn ponteng jugak...tapi exam gempakk. Budak zaman skg, terlalu byak cabaran tuk mereka hadapi, dan ramai dari mereka gagal menghadapi cabaran itu. Kesian bagi mereka ini....Ramai juga yang cemerlang, tp bukan pada sahsiahnya.. adeh panjang plak..ni dah mcm berleter dah...kisah internet dah jadi motivasi kecemerlangan plak..Ok lah sebelum terlebih, stop cini dulu ..hehehe

I'M Not a PerFect LoVer


Percintaan menjadikan kita egois, semua ingin bahagia tanpa ingin membahagiakan. Semua ingin yang terbaik tanpa ingin membaiki diri. Semua ingin difahami tanpa ingin memahami. Pernahkah kita merasakan cinta atau kita hanya berlumba2 mengejar waktu mencari cinta. Kenapa perlu adanya 'in relationship' di FB, ada couple ring, dan perlukah sentiasa bersama saja di mana2 walaupun di internet. Jika tiada semua tu adakah bermaksud kita tidak mencintai???...Cinta boleh juga merimaskan jika sentiasa bergaduh, cemburu, dan terkongkong. Terimalah pasangan seadanya jangan pula cuba mngubah pasangan mengikut kehendak sendiri. Jika perlu perubahan perlu dibuat dgn cara yang betul. Cinta sepatutnya membahagiakan, kenapa ramai yang menderita kerana cinta???.

Aku Suka Blogging???


Hai meh??...adakah aku suka blogging?..ini blog yg ke berapa puluh aku wat, yg lain entah lenyap di telan arus permodenan..huhuhu. Kenapa perlu juga berblogging??...tidak cukup kah dgn WAP komuniti, FB, Twitter, segala bendalah yg aku join kt internet??...mgkin semua benda tu xcukup kapasiti untuk memuatkan semua benda yg ada lam otak ini...Blogging just like talking to myself..(cam xsiuman plak)...Lagipun apa guna bayar internet lau xguna?..bek guna semaksimum yg boleh... :) .So jgn kutuk apa2 im just talking to MYSELF. Jika anda baca blog ini  dan berlaku gangguan emosi pada diri anda...sy tidak bertanggungjawab.. (^,^)7