My Friends

Friday, 9 September 2011

Berita Harian Online | Cukai talian prabayar 6 peratus


Berita Harian Online | Cukai talian prabayar 6 peratus

Ada cukai la pulak, tidak cukup dengan bebanan yang rakyat tanggung. sudahlah barang semua mahal. Duit Rm50 pun dah tidak ada harga sekarang. Pecah RM50 sekejap ja habis. Kalau duit seringgit jangan tanya la. Budak-budak pun dah tak mahu RM1 sekarang. Mahu topup pun payah inikan topup bercukai. Hello!!!...anybody can hear me!!!..anybody in government ..hello!! (Sambil melambai tangan kat Najib)...nampaknya suara rakyat tidak didengar buat kali ke 6347890 billionnya. Memanglah cukai ini dari syarikat telekomunikasi tetapi kerajaan boleh lakukan sesuatu. Kerajaan bertindak untuk rakyat, bukan untuk isu-isu yang menguntungkan kroni sahaja.

Sepertimana Youtube dibeli oleh Google dan secara paksa menyuruh pengguna youtube menerima google (ada kaitan ka, ini perumpamaan moden), tindakan syarikat telekomunikasi ini dilihat sebagai satu paksaan kepada rakyat. Mereka ingin mengurangkan cukai mereka dan bebanan kewangan mereka kerana pelan pascabayar tidak mendapat sambutan, dengan melempiaskan bebanan ini kepada rakyat. Tetapi tidak pula mereka melempiaskan sekali keuntungan yang mereka dapat???....


Kami sebagai rakyat ingin tahu untuk apa kami membayar cukai perkhidmatan ini??...tiada pula apa2 perkhidmatan khusus yang kami terima sepertimana pascabayar. Mungkin ini adalah perkara remeh kepada para pemimpin kita kerana mereka dan kroni-kroni tidak menggunakan kad prabayar sebab mereka guna kad xpayah bayar ja semua. Golongan bawahan seperti kami ini, pelajar, pekerja biasa, golongan remaja yang terbeban dengan masalah ini.

Pelaksanaan cukai ini membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak serius dalam mengurangkan bebanan rakyat dan ini jelas bertentangan dengan prinsip pentadbiran kerajaan yang kononnya “mendahulukan rakyat”. Kerajaan juga kini dilihat hanya bertindak “mendahulukan” syarikat-syarikat korporat dalam banyak hal dan ini terbukti menerusi pembiayaan subsidi dengan jumlah besar kepada syarikat-syarikat penjana kuasa bebas (IPP).

Kita tunggu apa jawapan Najib...

No comments:

Post a Comment