Friday, 9 September 2011
10 TAHUN SEBELUM MERDEKA-
(Tonton semua 7 episod video 10 TAHUN SEBELUM MERDEKA)
Melayu mudah lupa...kata-kata ini sangat berkesan kepada yang mempergunakan melayu, kerana melayu memang mudah melupakan apa yang pernah mereka lalui bila disogok dengan kemewahan hari ini. Mungkin British juga memegang kata-kata ini semasa era penjajahannya. sebab itu lah mereka tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat pada zaman itu, kerana mereka amat pasti tahun-tahun mendatang generasi baru Melayu pasti melupakannya dan mengagung-agungkan British.
Malah generasi kita disogok untuk mempercayai apa yang tertulis dalam buku-buku sejarah. Sejarah kini hanyalah satu matapelajaran di sekolah dan bahan pameran di muzium-muzium. Tidak hairanlah rakyat Malaysia langsung tidak berjiwa patriotik dan mengamalkan sikap 'tidak apa' pada setiap masalah negara yang berlaku. Selagi 'periuk nasi' mereka dijaga maka apa yang berlaku akan dilupakan.
Adakah Melayu amat mudah digula-gulakan?...atau sememangnya Melayu secara semulajadinya amat suka bertuankan orang lain dari menjadi tuan. Atau Melayu terlalu malas untuk berfikir janji perut mereka diisi. "Yang penting aku boleh makan, boleh p kerja, boleh tgok AF, boleh tgok Astro, boleh p tgok konsert, ada Jom Heboh cukuplah, yang lain xpenting".
Bila orang cakap Cina rajin kerja kita mahu marah??...ada satu kejadian di mana masa saya pulang ke kampung berhari raya. Saya ingin menaiki teksi dari Puduraya ke KL Sentral yang jaraknya hanya beberapa km. Ada dua teksi pada masa itu, seorang Melayu dan seorang India. Dengan niat ingin meng'kaya'kan Melayu saya pun pergi kepada teksi Melayu dan bertanya "berapa ya tambang p KL sentral". Lelaki Melayu itu menjawab "tambang RM30". Saya terus ketawa besar (agak kurang sopan tapi terjadi dengan automatik). Dia ingat saya tidak pernah pijak KL ka. Naik bas pn RM1 saja. Bila dia tgok saya ketawa terus dia tanya. "kenapa?, RM25 boleh". Saya senyum dan berkata "tidak apa lah pakcik, saya cuba amik teksi lain yang lebih murah". Saya pergi kepada teksi India tadi dan bertanya "Encik berapa ya dari sini p KL Sentral".Pemandu India menjawab "Kami pakai meter, tapi selalunya RM8 sahaja". Jauhnya perbezaan RM30 dan RM8...saya hanya geleng kepala.
Dari situ kita dapat lihat, Melayu hanya ingin cepat kaya, cepat senang, tanpa mahu berusaha lebih. Tidak hairanlah Skim2 cepat kaya rata2nya daripada syarikat cap ayam Melayu untuk menipu orang Melayu sendiri. Generasi muda pula digula-gulakan dengan hiburan supaya otak mereka tidak sempat berfikir tentang negara. Mereka hanya sibuk berfikir tentang artis, pelakon, lagu, fesyen, Fb...kalau buat blog pun merepek-repek. Bila subjek sejarah kebanyakan gagal.Kononya banyak yang perlu di baca. SEJARAH BUKAN HANYA UNTUK DIBACA!!!!....atau sememangnya sejarah sekarang hanya satu bahan bacaan....bilalah generasi kita akan sedar.
Labels:
Oh Malaysiaku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment