Thursday, 8 September 2011
Review Buku: Misteri Firaun - Musuh Para Nabi
Satu lagi buku yang sempat saya beli. Belum lagi sempat abis baca. Saya tertarik untuk mengetahui tentang misteri Firaun, kerana terdapat sumber yang pelbagai versi dan ada yang disembunyikan dari orang ramai. Jadi saya cuba untuk mengetahui tentang Firaun.
Buku ini sangat cantik, berkulit keras (Hard cover) dan setiap helaian adalah berwarna dan kertasnya keras!!!...sangat cantik. Ditambah pula dngan gambar2 yang menarik. Sesuai dengan harganya RM60. Buku ini hasil karya Dr. Afareez Abd Razak Al-Hafiz penulis buku bestseller Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain. Buku ini mempunyai cop SIRIM dan ditandatangani oleh Rektor International Islamic University Malaysia (UIA) iaitu Prof Dato' Sri Dr. Syed Arabi Idid. Ia juga ditandatangani oleh Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO iaitu Datuk Kenneth J.Luis.
Buku ini mengandungi 3 Bahagian;
Bahagian 1 :
Bab 1 - Penyatuan Mesir
Bab 2 - Zaman Pembinaan Piramid
Bab 3 - Kebangkitan Kerajaan Baru
Bab 4 - Raja Hatshepsut
Bab 5 - Firaun Akhenaten
Bahagian 2:
Bab 6 - Firaun Tutankhamun
Bab 7 - Makam Firaun Tutankhamun
Bab 8 - Firaun Ramesse II (Ramesse Agung)
Bab 9 - Pemerintah Nubia
Bab 10 - Kemasukan Yunani (Greek)
Bab 11 - Dinasti Ptolemaic
Bab 12 - Firaun Cleopatra
Bahagian 3:
Bab 13 - Nabi Yusuf Memasuki Mesir
Bab 14 - Kelahiran Nabi Musa
Bab 15 - Nabi Musa diancam bunuh dan Melarikan Diri
Bab 16 - Nabi Musa berhadapan Firaun
Bab 17 - Firaun Mengejar Nabi Musa
Bab 18 - Di mana Berlakunya Lintasan Laut Terbelah
Bab 19 - Penutup
Buku ini di tulis berdasarkan kajian yang telah dibuat dan setiap apa yang dinyatakan dalam buku ini dilampirkan dengan bukti yang sahih. setiap bab di lampirkan Nota Hujung yang terdapat bukti serta tarikh kajian dilakukan.
Labels:
BuKu SaYa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment