My Friends

Friday 9 December 2011

Berukkah Nenek Moyang Kita



Semasa mempelajari subjek Biodiversity di University dulu, kami di sogok dengan fakta tentang Teori Evolusi yang dicipta oleh Darwin. Itulah yang tercatat dalam buku-buku rujukan kami kerana kebanyakkan buku-buku tersebut ditulis oleh orang Barat. Namun ramai daripada kami tidak mempercayainya, tidak kurang juga yang percaya. Banyak persoalan yang timbul di benak kami. Bagi yang terlalu mempercayai Teori ini mereka akan merasakan kejadian seluruh alam ini adalah proses semulajadi yang terjadi secara kebetulan tanpa adanya Pencipta. Sedangkan kita diajar dalam ajaran Islam bahawa manusia berasal dari Nabi Adam a.s. Kita lihat adakah benar teori yang dibawa oleh Barat ini.


"Darwin dalam bukunya bertajuk "The Origin Of species"(Asal-Usul Jenis-Jenis Haiwan).Beliau mengutarakan satu saranan bahawa semua makhluk yang hidup telah wujud hasil daripada proses evolusi daripada satu atau beberapa nenek moyang.Teori beliau menumpukan perhatian kepada bagaimana bentuk haiwan yang ringkas berevolusi untuk menjadi bentuk yang kompleks."

Charles Darwin ingin menyatakan bahawa organisma multisel seperti manusia berasal daripada organisma satu sel iaitu amoeba dan berevolusi dan beradaptasi dengan alam sekitar menjadi lebih kompleks. Banyak penjelasan saintifik yang diberikan bagi menyokong semua ini. Tapi seperti kita tahu ilmu sains adalah betul tapi tidak semestinya benar. Betul pada jangkamasa tertentu sebelum dibuktikan salah. 

Semasa di universiti kami diberitahu bahawa kehidupan berasal daripada hidupan ringkas di laut seperti amoeba, kemudian berevolusi menjadi ikan, dan seterusnya menjadi amfibia, reptilia dan mamalia. Manusia adalah makhluk yang paling kompleks.

Saintis moden yang cuba menolak kewujudan pencipta pula cuba mengukuhkan teori ini dengan menyatakan bahawa, komet atau meteoroid lah yang membawa hidupan pertama dibumi saat ia menghentam bumi. Dengan pernyataan ini mereka dapat menyangkal kewujudan Pencipta. Namun begitu siapa pula yang mencipta angkasaraya??....Kemudian mereka menerangkannya dengan Teori Big Bang. Di mana cakerawala ini bermula dari satu batu yang besar meletup dan berpecah menjadi taburan planet-planet di cakerawala. 

Tetapi siapa pula yang mencipta batu besar tersebut??...apa yang menyebabkan letupan tersebut....terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab jika kita ingin menidakkan kewujudan Pencipta.

(Penulis dah melalut ke Teori lain plak...huhuhu)

Bersambung ke entri seterusnya........

No comments:

Post a Comment