My Friends

Monday 12 December 2011

Betulkah Orang Purba Guna Alatan Batu?



Kita sering di ajar di sekolah ataupun di dalam buku-buku sejarah bahawa Orang Purba atau orang zaman dahulu menggunakan batu sebagai peralatan harian mereka. Para saintis juga tampil memberi penjelasan serta bukti arkeologi dengan yakinnya menyatakan bahawa manusia zaman dahulu menggunakan peralatan yang diperbuat daripada batu seperti pisau, mangkuk, senjata dan sebagainya.

Ini adalah tafsiran Zaman Batu yang dipetik daripada Wikipedia:

" Zaman Batu ialah satu tempoh prasejarah yang luas semasa manusia menggunakan batu untuk membuat alat-alat. Alat-alat batu diperbuat daripada berbagai-bagai jenis batu. Umpamanya, flin dan rijang dibentuk (atau diserpihkan) untuk digunakan sebagai perkakas pemotongan dan senjata, manakala basalt dan batu pasir digunakan untuk alat-alat batu berasah, seperti batu kisarKayutulangcangkerangtanduk rusa dan bahan-bahan lain juga digunakan secara meluas pada zaman ini. Pada akhir zaman ini, endapan (seperti tanah liat) telah digunakan untuk membuat tembikar. Satu rentetan inovasi teknologi logam mencirikan Zaman TembagaZaman Gangsa dan Zaman Besi yang kemudian."

Namun begitu terdapat banyak kekeliruan dalam kepercayaan yang terpahat sekian lama ini.

Seorang ahli arkeologi, Paul Bahn dalam bukunya yang bertajuk Archaeology: A Very Short Introduction menjelaskan bahawa evolusi manusia adalah cerita dongeng semata-mata, dan menambah bahawa banyak sains yang berdasarkan cerita dongeng seumpamanya. Beliau kemudian mengajak pembacanya untuk memikirkan tentang ciri-ciri tradisional evolusi manusia: memasak dan unggun api, gua yang gelap, upacara, pembuatan alatan, penuaan, perjuangan dan kematian. Beliau ternyata merasa ragu, berapa banyak daripada andaian ini yang berdasarkan kepada telulang dan tinggalan sebenar, dan berapa banyak yang berlandaskan kriteria sastera?

Namun begitu, membentuk dan mengukir batuan bukanlah satu tugas yang mudah. Adalah mustahil untuk membuat peralatan batu yang tajam dan sempurna, seperti yang terdapat di zaman sekarang, dengan menggeserkan batu dengan batu. Membentuk batu kasar seperti granit, basalt dan dolerit tanpa memecahkannya hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kikir besi, mesin pelarik dan ketam. Begitu juga dengan gelang, anting-anting dan rantai leher yang berusia puluhan ribu tahun yang tidak mungkin dapat dihasilkan dengan perkakas batuan. Lubang-lubang halus pada objek berkenaan tidak dapat dibuat dengan menggunakan batu. Hiasan juga tidak dapat dibentuk dengan mengorek atau mengikisnya dengan batu. Kesempurnaan pada objek-objek yang dipersoalkan menunjukkan bahawa logam pejal pasti telah digunakan.

Ramai ahli arkeologi dan saintis telah membuat ujikaji untuk melihatkan sama ada artifak purba boleh dihasilkan seperti yang dibayangkan oleh evolusionis. Profesor Klaus Schmidt, contohnya, telah melakukan eksperimen terhadap ukiran pada blok batuan di Göbekli Tepe, Turki, yang dianggarkan berusia 11,000 tahun. Beliau memberi perkakas batu kepada beberapa pekerja, jenis sama yang telah digunakan pada waktu dulu berdasarkan dakwaan evolusionis, dan menyuruh mereka membuat ukiran sama pada jenis batuan  yang sama. Selepas berusaha dua jam tanpa henti, apa yang mereka dapati hanyalah kebuntuan.


 Mari kita bergerak lebih jauh; dapatkan sepotong granit berukuran satu meter persegi, kemudian cuba ukirkan gambar seekor haiwan untuk menunjukkan kedalaman ukiran pada permukaan granit. Bagaimanakah  keputusan yang mungkin anda akan perolehi dengan mengasah batu pada sepotong batu pejal? Jelas bahawa tanpa adanya perkakas besi dan keluli, anda tidak akan mampu membuat walaupun sebentuk lembing, apatah lagi ukiran batu yang menarik.

Pemotongan dan pengukiran batuan adalah bidang yang memerlukan kemahiran tersendiri. Teknologi yang diperlukan adalah penting untuk membuat kikir besi, mesin pelarik dan perkakas lain. Ini menunjukkan bahawa alatan berkenaan memang telah digunakan pada masa tersebut dan teknologi 'primitif' juga berkembang maju. Dengan erti kata lain, dakwaan evolusionis bahawa cuma peralatan batu yang diketahui dan ketiadaan teknologi hanyalah sekadar mitos. 

Namun, adalah munasabah bahawa peralatan keluli dan besi yang digunakan untuk memotong dan membentuk batuan tidak kekal sehingga ke hari ini. Dalam persekitaran yang secara semulajadi lembap dan berasid, semua alatan logam akan melalui pengoksidaan dan akhirnya lesap. Apa yang tinggal hanyalah pecahan dan serpihan batuan hasil kerja mereka yang mengambil masa lebih lama untuk lenyap. Tetapi untuk mengkaji serpihan berkenaan dan mengatakan bahawa masyarakat dahulu kala cuma menggunakan batu bukanlah rumusan saintifik.

YOU CAN''T CARVE STONE WITH STONE

1 Stone inlays dating back to around 10,000 BCE
2 Pestles dating back to 11,000 BCE
3 An obsidian tool dating back to 10,000 BCE
4 Stone objects dating back to 11,000 BCE
5 Stonework dating back to between 9,000 and 10,000 BCE, with traces of malachite inlay
6 A socketed stone inlay resembling a nail, dating back to around 10,000 BCE
7 A hammer dating back to 10,000 BCE














No comments:

Post a Comment