My Friends

Thursday 8 December 2011

Berlakunya Kiamat 2012





Tidak lama lagi kita akan menyambut Tahun Baru 2012. Tergerak hati untuk menulis entri ini. Bukan menakut-nakutkan atau mempercayai tetapi sekadar ingin menyelongkar di sebalik isu yang menimbulkan kerisauan umum ini.

Fenomena kerisauan umum tentang terjadinya Kiamat pada 2012 bermula apabila sebuah filem berjudul 2012, diarahkan Roland Emmerich diterbitkan pada November 2009. Hal ini ditambah lagi dengan khabar angin Bumi akan musnah pada tahun 2012 disebabkan tamatnya kalendar kaum Maya iaitu suatu kaum yang 
bertamadun tinggi yang  wujud sekitar 2500 tahun sebelum Masihi di bahagian tengah Benua Amerika.

Long Count Calendar atau Kalendar Pengauditan Panjang Maya yang digunakan oleh Kaum Purba Maya dikatakan akan berakhir pada 21 Disember 2012 Jumaat atau 23 Disember 2012 iaitu Ahad. Ini berdasarkan terjemahan arkeologi Long Count Calendar.

Maya's Long Count Calendar
Selepas tarikh 21 atau 23 Dis 2012, Kalendar ini akan menjadi 'Zero Date' atau 13 baktun sepertimana di dalam satu babak filem 2012 dimana manusia terselamat dan memulakan semula tarikh kepada 0. Namun begitu berlaku pertelagahan para cendiakiawan tentang teori ini. Kaum Maya sendiri tidak bersetuju dengan teori ini kerana tidak tercatat bahawa pada 13 baktun itu akan berlakunya kiamat. Mungkin juga sebagai pengakhiran satu zaman dan munculnya zaman baru. 

Tetua Maya, Apolinario Chile Pixtun dan arkelolog Mexico, Guillermo Bernal, keduanya mencatat bahawa "kiamat" adalah konsep Barat yang tidak mempunyai persamaan dengan kepercayaan Maya. Bernal percaya bahawa ide seperti itu telah dimasukkan pada suku Maya oleh bangsa Barat kerana mitos mereka sendiri "lenyap".

Ramai penyokong Zaman Baru tidak menyokong akan teori ini. Bagi mereka tarikh tersebut mungkin menunjukkan perubahan ideologi yang sangat besar dan permulaan kepada Zaman Baru manusia.

Banyak penyokong Zaman Baru percaya bahawa akhir daripada pusingan ini akan menyebabkan "perpindahan kesedaran" global. Tema yang ditemui dalam sastera 2012 meliputi "dugaan mengenai budaya Barat", ide evolusi spiritual, dan kemungkinan membawa dunia pada Zaman Baru, oleh contoh individu atau kesedaran kelompok. Objektif umum daripada sastera tersebut bukanlah untuk memperingatkan hari kiamat, tapi "untuk mendorong simpati kontra-budaya dan aktivisme sosio-politik dan 'spiritual'

Anjakan Geomagnetik

Terdapat beberapa fenomena besar alam semesta yang dikaitkan dengan berlakunya Kiamat pada 2012. Antaranya ialah Anjakan Geomagnetik iaitu pergeseran Kutub Bumi dan Letupan Matahari.


Kepercayaan ini disokong dengan kajian bahawa medan magnet Bumi semakin melemah. Namun begitu Saintis percaya bahawa Bumi sudah terlambat untuk pergeseran itu dan maksimum kepanasan matahari memuncak ialah pada 2013 itu sangat lemah.

Bumi sudah terlambat untuk pergeseran Geomagnetik, dan telah lama berlaku, bahkan sejak masa suku Maya, kerana pergeseran terkini adalah 780.000 tahun yang lalu. Kritik mendakwa pergeseran memakan 5.000 tahun untuk selesai, dan tidak bermula pada tarikh tertentu. Juga, NOAA sekarang menganggarkan bahawamaksimum matahari akan memuncak pada 2013, bukan 2012, dan itupun juga lemah, dengan jumlah rata-rata bintik matahari yang rendah.

Pelanggaran Planet Nibiru

Fenomena lain yang dilihat akan menyebabkan berlakunya kiamat pada tahun 2012 ialah pertembungan Bumi dan Planet Nibiru.



Ramalan Nostradamus (Michel de Nostredame (1503  – 1566), seorang ahli ramal Perancis yang tersohor dengan ramalan-ramalan beliau melalui bukunya Les Propheties ("The Prophecies") (1555). Ramalan beliau menyatakan bahawa planet Bumi akan binasa disebabkan perlanggaran dengan planet Nibiru pada 21 Disember 2012. Dakwaan ini berasaskan kepada berakhirnya kalendar kaum Maya.

Namun begitu tiada maklumat dan data yang telah direkodkan mengenai kewujudan planet ini. Pihak NASA juga telah menyatakan bahawa tiada bukti yang sahih mengenai kewujudan planet Nibiru atau planet X tersebut oleh mana-mana data pencerapan.




Lubang Hitam atau Black Hole


Bacaan kiamat tentang hipotesis Jenkins menyatakan bahawa, ketika kesejajaran galaktik terjadi, maka hal tersebut akan membentuk kesan graviti gabungan antara Matahari dan lubang hitam superbesar di tengah galaksi kita, (dikenali sebagai Sgr A *) yang membuat kekacauan di Bumi. Tetapi, "kesejajaran" ini berlaku selama puluhan juta tahun, dan takkan pernah bisa diperhitungkan hingga tarikh yang pasti. Bukti memperlihatkan bahawa Matahari melintas melalui lingkaran galaksi tiga juta tahun lepas, dan sekarang bergerak lebih jauh di atasnya.

Ini menunjukkan banyak teori-teori yang belum pasti kesahihannya dan ketepatan kajian amatlah diragui. Bila pun terjadinya kiamat pastikan kita sentiasa bersedia menghadapinya.

Bersambung tentang pandangan Islam tentang Kiamat 2012.....

(Hasil tulisan ini adalah dari sudut pandangan saya melalui beberapa sumber dan bahan bacaan.)

No comments:

Post a Comment