> Dalam Bahagian C ini, anda diberi 5 pilihan. Bacalah dengan teliti semua soalan.Jangan baca sekerat sahaja dan terus membuat keputusan.
> Mulai tahun 2005, markah yang diberi ialah 40 markah. Karangan akan disemak secara
impression dan mementingkan aspek bahasa. Oleh itu, pelajar mesti berhati-hati, dan
sentiasa menyemak karangan bagi mengurangkan kesilapan tatabahasa.
> Pilihlah soalan yang anda tahu bukannya memilih soalan yang popular tetapi anda tidak
memahami isu yang dinyatakan.
>Sebaik-baiknya pilih soalan yang sesuai dengan pemahaman, pengetahuan, dan
keupayaan anda mengembangkannya. Selepas itu, sediakan rangka karangan seringkas
yang mungkin.
>Sebelum menulis rangka karangan, fahamilah kata kunci soalan karangan, isu soalan dan
jenis karangan tersebut.
Contoh:
Sungguhpun negara anda kian maju, namun pengurusan sampah sarap masih belum
memuaskan. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.
Kata kunci: Cadangkan langkah-langkah mengatasi
Isu: Pengurusan sampah sarap masih belum memuaskan.
Jenis karangan: Pendapat
Untuk Kertas 02/2 PMR Bahasa Melayu, anda digalakkan menulis:
> Pendahuluan (40 patah kata)
> Empat isi penting (40 x 4 isi = 160 patah kata)
> Penutup (40 patah kata)
> Jumlah perkataan = 240 patah kata
> Jumlah yang dikehendaki = 180 patah kata
> Perenggan isi hendaklah mengandungi: Fakta + Huraian + Contoh
(F + H + C)
Untuk belajar secara terperinci....Jgan main2 dalam kelasss!!!..cikgu da ajar kamu yang xdengar..huhuhu.
Saturday, 20 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment