Soalan bahagian ini adalah berdasarkan novel-novel yang dikaji mengikut zon masing-masing. Oleh itu, pelajar mesti membaca serta mengkaji novel dari aspek-aspek sasteranya seperti sinopsis, tema, persoalan, perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, nilai, dan pengajaran.
> Untuk menjawab soalan ini, pelajar tidak harus hanya bergantung pada sinopsis
sahaja, kerana kebanyakan aspek sastera tersebut memerlukan contoh-contoh yang
mesti dikemukakan semasa menjawab soalan.
> Semasa menjawab soalan KOMSAS, pelajar diwajibkan menulis dalam bentuk
esei/karangan bukannya ditulis dalam bentuk poin, rangka isi atau jadual.
> Sebaik-baiknya tulis isi jawapan dengan formula = FAKTA + CONTOH
Contoh: Nilai yang terkandung dalam novel ‘Istana Menanti’ ialah nilai Menghormati . (FAKTA) Nilai ini dapat kita lihat menerusi watak Fadhil, yang
sentiasa menghormati orang tuanya.Dia juga bersalaman sebelum ke Gunung Datuk.
> Selain itu, pelajar juga mesti mengelakkan daripada melakukan banyak kesalahan
dari aspek tatabahasa dan ejaan, kerana terdapat markah untuk bahasa dalam
soalan ini.
Saturday, 20 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment