Al Quran di Malaysia hanya sekadar dimusabaqah
(Berita di atas di petik dari Harakahdaily.net)
Adakah Al-Quran di Malaysia sekadar dimusabaqah?..Rata2 dari kita hanya tahu membaca Al-Quran tanpa tahu isi kandungannya jauh sekali mengamalkannya. Sebab itu ramai anak muda memilih untuk murtad dan menjadi athies kerana tidak percaya wujudnya Tuhan. Sedangkan Al-Quran telah lengkap menceritakan tentang kewujudan Allah. Dari kecil kita hanya disuruh untuk menghadiri kelas mengaji Al-Quran tanpa mngetahui kenapa dan untuk apa. Sedangkan para saintis sekarang sibuk mengkaji Al-Quran kerana banyak kebenaran yang ada dalam Al-Quran telah terbukti benar. Kita tidak juga boleh menyalahkan 100% remaja2 yang terpesong ini. Selain itu kita juga harus membaiki diri sendiri (Nasihat untuk diri sendiri juga)..Sepatutnya Kurikulum Pendidikan Islam harus dikaji semula dan pelaksanaannya harus diberatkan. Masyarakat sekarang tidak seperti masyarakat dulu yang menerima tanpa banyak soal. Jika dilihat di sekolah subjek Pendidikan Islam dipandang remeh berbanding Sains, Matematik dan lain-lain. Pelajar pula hanya menghafal untuk mendapat A. Pada masa sekarang sepatutnya sistem pendidikan kita harus menitikberatkan pembangunan sahsiah. Begitu juga dengan Pendidikan Moral. Ini kerana generasi muda sekarang dilihat semakin tersimpang dan leka dalam arus permodenan. Tiada lagi adab sopan dan budi bahasa, yang tinggal hanya lagu2 yang menyuruh kepada berbudi bahasa. Tetapi permasalahan ini bukan hanya pada golongan remaja. ibu bapa juga dilihat tidak lagi mengendahkan sahsiah anak2..yang mereka inginkan hanya anak2 berjaya jadi doktor, peguam, professor dan sebagainya. Institusi agama semakin tenggelam peranannya. Ramai dari kita yang jahil agama berbanding yang alim. Tetapi jika yang jahil ini dibentangkan jalan yang luas untuk berubah. Maka nikmatnya kita nikmati bersama. Jika yang jahil itu tidak dipedulikan dan terus ditekan maka sampai bila2 pn mereka akan tetap dengan kejahilan mereka. Sebarkan agama dengan kelembutan bukan kekerasan...(Panjangnya ceramah hari ini. Sekadar luahan hati).
Sunday, 21 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment