My Friends

Monday, 22 August 2011

Pemutihan PATI bermula Julai

Berkenaan dengan isu ini ramai yang tidak berpuas hati dengan program Pemutihan PATI yang bermula 1 Julai lalu. Rata-rata daripada kita bimbang negara akan dipenuhi oleh Pendatang Asing Tanpa Izin ini. Sekarang pun jika kita lihat di bandar2 utama negara seperti Kuala Lumpur sudah dibanjiri dgn pendatang tanpa izin. Kita seperti terasing di negara sendiri. Mari kita lihat apa objektif sebenar proses pemutihan ini.




Timbalan Menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong berkata mulai tarikh itu, semua pengambilan pekerja asing akan dibekukan bagi memastikan program pemutihan dan pengampunan warga asing tanpa izin berjalan lancar.

“Kita juga sudah senarai pendek 200 syarikat swasta yang akan terlibat menguruskan pendatang tanpa izin itu,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sijil kewarganegaraan Malaysia kepada 14 orang yang telah memohon taraf kewarganegaraan sejak setahun lalu di sini hari ini.
Lee berkata program penyelesaian menyeluruh pendatang asing tanpa izin atau Program 6P itu dilaksana melalui pengwujudan sistem pendaftaran yang merangkumi pengambilan biometrik semua pendatang asing tanpa izin di Malaysia.

Program itu meliputi enam pelan tindakan melibatkan pendatang asing tanpa izin iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.
Lee berkata objektif pemutihan itu adalah untuk mengumpul data pendatang asing tanpa izin di negara ini termasuk berapa ramai yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing dan memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin untuk pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan tetapi terhad kepada tempoh yang dibenarkan.

Beliau berkata 200 syarikat yang berminat menjadi wakil menguruskan pendaftaran pendatang asing tanpa izin itu telah mengemukakan permohonan menggunakan borang yang boleh dimuat turun dari laman web www.moha.gov.my.

Lee berkata Kementerian Dalam Neneri menetapkan hanya syarikat yang berpengalaman dalam bidang pengurusan sumber manusia dan pekerja asing akan dipilih manakala bagi pertubuhan atau persatuan pula ia hanya membabitkan majikan serta yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
“Kita mempunyai 1.9 juta warga asing yang sah bekerja di negara ini. Berdasarkan maklumat, pendatang asing tanpa izin juga berjumlah dua juta,” katanya.
- Bernama


Namun ada pula yang menyatakan bahawa Proses Pemutihan ini mempunyai agendanya tersendiri. Sepertimana skrip dibawah yang di katakan sebagai skrip akuan sumpah bagi PATI dalam proses ini.


Ini adalah dakwaan pihak2 tertentu. Betul atau salah tidak dapat kita pastikan. Apa2 pn anda ada mata dan telinga nilailah sendiri. Jangan hanya untuk kepentingan politik negara tergadai.

No comments:

Post a Comment