My Friends

Saturday, 20 August 2011

Review Buku: Alexander Adalah Zulqarnain


"Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam Al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Buku ini mendedahkan profil Alexander The Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejara iaitu Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya seorang yang beriman." - Review penulis.

Buku kali ini ialah Alexander Adalah Zulqarnain yang di tulis oleh Wisnu Sasongko atau Muhammad Alexander. Seorang pensyarah dan pengkaji dari Universiti Brawijaya. Indonesia. Buku bestseller beliau ialah Yakjuj&Makjuj Bencana di sebalik gunung. Buku ini diterbitkan oleh PTS Islamika. Terdapat 15 bab dalam buku ni dan mempunyai 730 muka surat (Belum habis baca..tebalnya). Buku ini saya beli pada awal tahun 2011. Antara bab2 yang ada dalam buku ini:

1) Alexander The Great Di dalam Tafsir Al-Quran
2) Alexander The Great -Yunani Rom kuno
3) Para Penguasa Dunia (1010 -330sm)
4) Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj dan Makjuj
5) Oasis Monoteisme di Gurun Paganisme Yunani
6) Peringkat Awal Kempen Pembebasan Alexander
7) Pertemuan Alexander dengan Yahudi beriman di Jerusalem
8) Pengembaraan Alexander membebaskan Mesir (Barat)
9) Pembebasan Alexander The Great ke Arah Timur
10) Alexander Memasuki Lembah Fergana
11) Alexander Bertemu Bangsa Cina Perantau
12) Alexander Membina Kota Alexandria Eschate dan Tembok Besi
13) Konflik Dalaman Alexander dan Penganut Paganisme Yunani
14) Jawapan kepada tuduhan
15) Penutup.


Buku ini mengandungi peta2 berwarna perjalanan Alexander serta peta di mana Yakjuj dan Makjuj di kurung. Terdapat juga ilustrasi bagaimana tembok Yakjuj dan Makjuj dibina. Gambar adalah seperti di bawah.





No comments:

Post a Comment