My Friends

Sunday, 21 August 2011

Bila Agama diPijak....


(Dipetik dari: www.facebook.com/Pendedahan Eksklusif Siapa Sebenar Sitt Al-Wuzara)

Kes murtad ini hangat dibincangkan di laman sosial dan di blog2. Golongan yang murtad ini bangga dengan pegangan mereka sehinggakan banyak kumpulan2 ditubuhkan dan ahlinya adalah golongan yang sealiran pemikirannya dengan mereka. Mereka juga bangga mengeluarkan idea-idea yang mereka anggap bijak bagi menafikan kata-kata Allah yang terdapat dalam Al- Quran. Sememangnya kita bebas mempersoalkan apa sahaja dan belum lagi ada yang ditangkap kerana menyuarakan pendapat, sememangnya 'Freedom of speech telah kita amalkan. Tetapi kita harus pandai bezakan antara 'Menyatakan pendapat' dengan 'Menghina Agama'...adakah kedua2nya sama???...

Rata-rata golongan ini dari kalangan bijak pandai yang taksub dengan kepandaian mereka seperti orang yang baru mendapat ilmu..(agak sinis hehe)..Mereka taksub dengan Sains dan percaya bahawa Sains boleh menjelaskan segalanya. Kita harus faham bahawa ilmu itu ada dalam pelbagai bentuk. Sains adalah ilmu yang betul dan tidak semestinya benar. Betul bermaksud ianya boleh diperakui betul dalam jangkamasa tertentu sahaja. Contohnya, pada zaman dahulu para Saintis menyangka bahawa terdapatnya manusia kecil dalam Sperma manusia. Dan masyarakat pada zaman itu sangat percaya akan teori ini. Tetapi adakah itu benar?????....ianya hanya betul pada waktu itu tetapi tidak lagi relevan pada masa sekarang kerana kita tahu bahawa Sperma hanya membawa bahan genetik daripada bapa sahaja.

Tetapi apa yang tertulis dalam Al-Quran itu benar kerana setelah berkurun lamanya tertulis dalam Al-Quran tentang kejadian manusia secara terperinci.

> Nutfah (percantuman di antara benih lelaki & perempuan)
> Alaqah (gumpalan darah beku)
> Mudghah (membentuk seketul daging)
> Proses Pembentukan tulang
> Proses daging (otot) membaluti tulang-tulang yang telah dibentuk.
> Nash'ah (peringkat perkembangan janin di dalam rahim ibu)

Proses kejadian manusia seperti mana yang disebutkan di dalam al-Quran berdasarkan surah al-mu'minun (ayat 12-14)

Pada berkurun-kurun lampau adakah Saintis sudah tahu akan proses kejadian manusia sehingga mampu menulisnya dalam Al-Quran?..atau adakah Nabi Muhammad s.a.w yang menulisnya? Sedangkan baginda tidak tahu menulis dan membaca. Bukankah ianya benar, sehingga baru dapat dibuktikan sekarang???...Jadi janganlah terlalu taksub hingga membelakangkan agama.

Jangan hanya memetik terjemahan Al-Quran yang ada di internet yang telah dipesongkan dan menilai Islam darinya. Islam itu indah, manusia yang mengotorinya dengan mempergunakan agama. Islam dan Allah tidak memerlukan kamu, kamu hanyalah hambanya tetapi kamu yang memerlukan Allah. Mungkin kamu rasa hidup kamu sekarang senang dan tidak memerlukan pertolongan Allah. Kamu silap kerana pertolongan Allah jugalah kamu dapat bernafas saat kamu membaca entri ini...

(Penulis sangat bersungguh dalam menulis entri ini...kecewa dengan sikap umat manusia sekarang)

No comments:

Post a Comment