My Friends

Saturday, 20 August 2011

Teknik Menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu PMR (KARANGAN BERPANDU)

Mulai PMR 2005, pelajar akan menjawab karangan berdasarkan bahan rangsangan
sama ada dalam bentuk gambar, bahan grafik, jadual dan sebagainya.

1)Untuk menjawab soalan ini, langkah pertama yang penting adalah membaca arahan
soalan dengan teliti, kerana terdapat kata kunci yang akan membimbing pelajar untuk
menghasilkan karangan nanti.

Contoh Soalan: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kegunaan
perpustakaan
berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda hendaklah tidak
lebih daripada 120 patah perkataan.

> Berdasarkan arahan soalan tersebut, pelajar dikehendaki menulis tentang kegunaan
perpustakaan (kegunaan = kepentingan, kebaikan, faedah, dan manfaat).
> Ingatlah, bahawa ini ialah karangan. Oleh itu, haruslah mengandungi pengenalan,
tiga isi, dan penutup. Oleh sebab masa yang dicadangkan hanyalah 25 minit, maka
pelajar dinasihatkan hanya menulis sebanyak 120-150 patah perkataan sahaja.
> Jangan terlalu mengambil masa yang lama untuk menulis karangan bahagian ini
> Jumlah isi ialah 3 - 4 sahaja.
> Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih.

Cara menulis Pendahuluan:

> Bincang tentang tajuk bahan ransangan. (Tentang perkara utama dalam soalan)
> Sentuh tentang isu yang berkaitan dengan tajuk atau bahan ransangan.
> Mengikut kehendak soalan. (Punca2, faktor, kesan, implikasi atau sebagainya)

Cara Menulis Perenggan Isi:
> Setiap perenggan isi mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH
> Setiap perenggan mestilah ada talian atau kesinambungan dengan menggunakan penanda wacana.

Cara Menulis Penutup
> Buat rumusan, cadangan bagi keseluruhan karangan tadi.

No comments:

Post a Comment