Monday, 22 August 2011
Review Buku: Kaum-kaum Yang Pupus
Buku ini saya beli awal tahun 2011. Hasil tulisan Harun Yahya dan diterjemahkan oleh Rozalli Hashim. Buku ini diterbitkan oleh Saba Islamic Media. Buku ini mengkaji bagaimana kaum-kaum yang tersebut di dalam Al-Quran dipupuskan. Ia mengemukakan bukti-bukti dokumentari penemuan arkeologi dan rekod sejarah kaum-kaum tersebut.
Kaum Nabi Nuh a.s. yang telah tenggelam di bawah air banjir yang mengerikan...Kaum 'Ad yang telah ditimbusoleh ribut pasir yang tiada hentinya...Kaum Nabi Lut a.s yang mengamalkan liwat dan telah dihapuskan dari muka bumi dengan aliran lava serta gempa bumi...Askar-askar Fir'aun yang telah hilang di dalam laut...dan banyak lagi kerajaan-kerajaan silam yang telah dihapuskan dari muka bumi ini oleh Allah kerana durhaka mereka...
Buku ini mengandungi 9 bab dan 150 muka surat.
1) Kisah Banjir Besar Nabi Nuh a.s
2) Kehidupan Nabi Ibrahim a.s
3) Kaum Lut a.s dan bandar yang dilingkupkan.
4) Kaum 'Ad dan Uber "Atlantis Padang Pasir"
5) Kaum Thamud
6) Firaun yang dilemaskan
7) Kaum Saba' dan banjir Arim
8) Nabi Sulaiman a.s dan Ratu Saba'
9) Ashabul Kahfi
Buku ini sangat menarik dan berkualiti. Kertasnya juga tebal dan mempunyai halaman berwarna. Semua kisah dalamnya di sokong oleh bukti saintifik dan fakta serta bukti sejarah...Di bawah adalah beberapa gambar dari halaman buku ini.
Labels:
BuKu SaYa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment