My Friends

Saturday, 20 August 2011

Teknik Menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu PMR (RINGKASAN)

Salam. Kepada pelajar2 yang bakal menduduki Peperiksaan PMR xlama lagi. Di sini ada sedikit tips untuk menjawab Kertas 2 BM. Maaf blog ini juga tidak menggunakan ayat BM yang betul walaupun cikgu BM..hahahah. (Skema is boring Rebel is something)..pegangan yg entah datang dri mana :).

Berbalik kepada teknik tadi..

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN A: RINGKASAN

1) Langkah pertama, pelajar haruslah membaca arahan soalan dengan teliti
terutamanya untuk mengenal pasti kata kunci/fokus soalan seperti faktor, langkah,
kesan, kepentingan, manfaat, implikasi, akibat, cara dan sebagainya.

2) Selepas mengenal pasti kata kunci tersebut, pelajar perlu mencari isi-isi penting
dalam petikan berdasarkan kata kunci/fokus soalan yang diberi.Jangan hadkan
jumlah isi-isi penting. Carilah sebanyak mungkin yang ada dalam petikan tersebut.

3) Selepas dapat mencari isi-isi penting tersebut, tulis ringkasan dalam satu perenggan
yang mengandungi tidak lebih daripada 80 patah perkataan (sekurang-kurangnya
mesti ada 6 hingga 7 isi).

4) INGAT!!! Jangan salin ayat bulat-bulat daripada isi tersebut; dan jangan ubah
kesemua perkataan yang terdapat dalam isi tersebut kerana bimbang maksudnya
akan terpesong.

5) Lebih baik dan selamat, ubah satu atau dua perkataan yang terdapat dalam ayat
isi itu.

6) Selepas menulis ringkasan itu sila kira jumlah perkataan serta semak jika terdapat
kesalahan ejaan atau tatabahasa.

7) Markah maksimum untuk isi ialah 10 markah (5 isi x 2 = 10 markah); manakala markah
maksimum untuk bahasa ialah 10 markah (bergantung pada persembahan bahasa
pelajar).


MACAM MANA PULA BAGI PELAJAR LEMAH??

Kebanyakkan dari kita memberi tips tanpa memikirkan pelajar yang sangat lemah. Kita tidak boleh nafikan masih ada segelintir pelajar yang sangat lemah. Malah ada juga yang tidak boleh membaca.
Bagi yang lemah apa kata cuba cara di bawah. Tulis ringkasan anda mengikut template di bawah.


_______(Isikan dengan Penanda Tugasan, iaitu ayat yang selalunya berwarna HITAM pada soalan)_________ ialah ____________(isi 1)_____________. Selain itu, ________________(isi 2)__________________. Seterusnya, _____________________(isi 3)________________. Disamping itu, __________(isi 4)______________. Akhir sekali, __________(isi 5)______________________.

P/S: pelajar perlu isi sendiri tempat kosong dengan isi2 yang telah dicari dalam petikan yang diberi. Good Luck in PMR.

No comments:

Post a Comment