Saturday, 20 August 2011
FrOm BioloGy to BM.. :)
Alkisah diri ini dan subjeknya..hehehe...Saya amat meminati Biologi dan dikira sangat taksublah (Boleh ke guna perkataan ni)...Saya mula meminati Sains seawal darjah 4 (mula2 belajar sains). Saya rasa semua benda saya nak tahu...saya sibuk baca buku2 Sains ayah sy yg tebalnya 14 inchi (Lau terhempap boleh mati kot )..xketinggalan buku kakak2 dan abg2...Bila naik ke tingkatan 4, saya amik sains tulen Fizik, Kimia dan Biologi...Saya mula meminati Biologi, dan saya rsa ia sgt sesuai dgn saya. Masa saya tingkatan 5, guru Biologi saya sgt baik dan xjemu2 mengajar saya. (Thanks Cikgu Arnida SMKTAR). Tambahan saya sgt suka melukis (mungkin dah keturunan) jadi saya suka melukis semua gmbar2 organ dalam buku nota saya...Masa tu saya rasa inilah minat sy, Alhamdulillah akhirnya saya mendapat A dalam subjek Biologi dan dapat masuk ke matrik dalam Aliran Sains Hayat (Biologi)...
Masa di matrik bercambah2 la minat pada Biologi.. Masa tu kami di wajibkan membeli buku Campbell yang tebal dgn harga rm80 xsilap saya. Dan saya suka akan penerangan dalam buku tu yang jelas. Abis semua soalan dalam CD Campbell saya buat..dan asyik tgok CD tu saja.. Masa tu saya juga mengambil Kimia dan Kalkulus. Subjek lain agak terabai..hehehe mujur xkantoi..dan akhirnya mendapat A bagi subjek Biologi ..hehehe
Saya mendapat tempat di UPSI bg coz Biologi. Tapi bila di U, subjek Biologi di kembangkan lagi. Ada Morphologi, Biodiversiti, Genetik, Anatomi dan banyak lagi.. Ada juga yang saya tidak suka hehe..contohnya Morphologi Haiwan..adeh mau bengkak juga kepala mo hafal dan tahu semua, Saya dapat B- huhu. Tambah2 subjek Genetik banyak yang blur...Tapi saya sangat suka Biodiversity dan mendapat A lam subjek ni...Saya ada juga ambil Fizik , Kimia dan Kalkulus...tapi yang paling tensen ialah Fizik!!!
Mungkin otak orang Bio xdapat menghadam pelajaran Fizik..semua benda mau dikira..Masa exam lagi lah..soalan nmpak mcm tulisan Rusia suda sbb terlalu blurr dan nebes..alih2 Fizik dapat C. (Padan muka lau belajar ikut minat saja..)
Berbalik kepada topik (macam dah tersasar ja)...Akhirnya saya posting dan diberi subjek BM. Ada juga rasa sedih di sudut hati..cehhh. Tapi apa kan daya hanya itu subjek yang kosong. Mula2 saya mengiakan kerana menganggap subjek BM ini senang... Tapi sebenarnya tidak, kena penuh ilmu di dada baru bleh mengajar dengan jayanya.. Berbekalkan ilmu masa sekolah (BM A1 tau..hahaha). Saya cuba belajar balik..saya cuba supaya xmemberi ajaran sesat pada pelajar..
Jadi guru BM perlu jadi seorang guru yang rajin!!! mcm Ketua Bidang saya En. Husmi Hussin (idola saya untuk mengajar dengan baik!! )..Manakan tidak kena menyemak karangan yang berjumlah 3x40 pelajar x 4 kelas hnya bagi seminggu!!...Dan membaca karangan2 pelajar yang tulisannya mengalahkan cacing kepanasan..kadang2 jd mcm orang mental pn ada di bilik guru kerana gelak2 sorang baca karangan budak.. Bila budak2 menghantar buku, sudah pn buku panjang dorang berlapis dua..sbb terlalu byak karangan...Mau pengsan saya, maksudnya dalam satu kelas sudah 40 orang dan setiap org mau disemak 2 buah buku!!...
Kadang-kadang saya agak moody dan garang di kelas.. Kenapa sbb sy sudah berusaha menjadi guru BM untuk mereka, tapi mereka tidak menghargai usaha saya. Kadang2 berbagai teknik di cuba...Tetapi bagi tahun ni alhamdulillah pelajar sudah ada peningkatan berbanding awal tahun...Kadang2 rasa stress tapi saya cuba berfikir "Guru lain pn sama juga seperti saya, malah ada subjek yang lagi susah"...jadi bersyukurlah dengan apa yang ada. Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang kita xdapat hadapi..
Setelah mau masuk 2 tahun mengajar BM, saya sudah boleh nampak apa yang pelajar perlu tahu secara keseluruhannya. Dan saya rasa tahun ini sy mengajar lebih baik dari tahun lepas. Ada jugak rasa bersalah kepada pelajar2 tahun lepas kerana tidak dapat mengajar dengan baik.. Dan saya rasa semua subjek perlu ada Modul Pengajaran Guru. Ini amat membantu jika guru dari opsyen yang lain. Saya bercadang untuk membuat Modul Pengajaran BM untuk diri sendiri. Ini boleh di jadikan satu Kajian Tindakan!!!!...markah SKT tuk tahun depan..hehehehe
Labels:
TenTang Saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment